November 25, 2011

Membuat helah dengan bijak

bismillahirrahmanirrahim..


RASULULLAH JUGA PERNAH MEMBUAT HELAH (MENIPU) TETAPI DENGAN CARA YANG BIJAK SEKALI.

suatu hari baginda rasulullah dalam perjalanan ke satu tempat. kemudian, dia melihat seorang yang ketakutan melarikan diri. dan orang itu meminta tolong kepada Rasulullah sekiranya ada orang mencarinya, dia meminta agar baginda merahsiakan hal ini.

orang itu terus lari dan bersembunyi.

tiba-tiba, datanglah orang yang mencarinya tadi (mungkin untuk membunuh orang tersebut).
"wahai muhammad, adakah kamu nampak seseorang ketakutan yang berlari ke arah ini?"

Rasulullah kemudiannya mengubah kedudukan baginda, dengan menginjakkan (mengubah) kaki baginda ke satu tempat yang lain. Kata baginda, "sepanjang aku berdiri di sini, aku tidak nampak seorang pun melintas atau berlari ke arah ini."

(sebenarnya, dengan mengubah kedudukan itu, Rasulullah tidak dikira menipu)


wallahuallam..


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - Membuat helah dengan bijak

November 22, 2011

jangan kau sangka...

bismillahirrahmanirrahim..


Jangan kau sangka hati Muslimah itu senang ditawan, lebih-lebih lagi hati   yang kenal iman, yang tidak pernah berganjak walau sesaat pada cinta 
Tuhan. 

Jangan kau sangka hati Muslim itu senang tertarik pada suara manja, lebih-
lebih lagi yang bijak menanam imaannya, yang tidak sesekali menderhakai Penciptanya. 

Kenallah Pencipta mereka dan pohonlah diberikan yang terbaik agar tiada 

tersalah pilih kerana hati itu bukan milikmu tetapi hanya pinjaman sementara..

wallahuallam..



:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - jangan kau sangka...

November 21, 2011

Malaysia Menang..aauummm!!

bismillahirrahmanirrahim..


wajah2 kegembiraan pasukan harimau muda Malaysia..aauuummmm.. mantap la..:-)..

setelah terikat 1-1 dgn pasukan Indonesia..Malaysia memenangi piala EMAS sukan sea menerusi tendangan penalti 4-3..

ana dengan 8org sahabat yg len begitu semangat memberi sokongan d hdapan skrin televisyen..suara kami bergema tatkala Malaysia menjaringkan gol..bertepatan dgn sorakan lelaki-lelaki yg memenuhi kedai mannu salwa yg tidak jauh dari rumah kami..sorakan semangat 'Malaysia..Malaysia..Malaysia' berserta tepukan semarak memecah kesunyian malam..

ana bkn la sorg peminat bola..tp bila yg lwn nye itu Malaysia, semangat itu lebih ckit..huhu..subhanallah,mmg ana rse mcm nk kena serangan jantung td..begitu berdebar-debar..tp alhamdulillah,kemenangan d pihak Malaysia..^_^..

kpd pemain Indonesia,kalian pn bermain sungguh hebat td..kalah menang itu adat permainan..jangan la di sebabkan ini,hubungan kita renggang dan bermusuh..saling hormat menghormati menjadi tunjang keharmonian yg terbina terus kekal abadi..:-)

syabas MALAYSIA..

i'm proud to be MALAYSIAN..

wallahuallam..

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - Malaysia Menang..aauummm!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...