February 16, 2012

A note to say.....

bismillahirrahmanirrahim..


sejak semalam hinggalah ke harini, ana tgk facebook home ana penuh dgn status ucapan kesyukuran di atas result yg diperolehi..sahabat2 sperjuangan juga berjaya dengan successnya..alhmdulillah..tahniah..ana tumpang gembira..ini hasil usaha kita study sama2..syukur ke hadratNYA..



A : 4.00 = alhamdulillah, syukur, dahsyat ahh

A- : 3.75 = hebatnyerrr, aduihh, sikit ag nk dapat A

B+ : 3.50 = not bad,..

B : 3.00 = boley laaa.., xper2, 3.00 ag nie..

B- : 2.75 = alaaaaa, sayangnyerrr
... ... C+ : 2.50 = kna usaha lebih nie..
C : 2.00 = lagi-lagi kena usaha
C- : 1.75 = tang mana slack nie..?? aduhai..
D+ : 1.50 = blurrrrr.. xbleh main2 dah pas nie..fokus2
D : 1.00 = alamak, kena repeat paper.. jadikan sbg pengajaran
D- : 0.75 = jgn putus asa, cuba lagi..
F : 0.00 = study ker idok nie??..maybe ada poblem yg melanda tyme exam, sakit perut, demam panas..





seperti senarai result yg ana catatkn di atas..pasti de yg memperolehinya..tp satu je ana nk pesan..walau apa pun keputusan yg diperolehi, hadapi dgn positif..jika cemerlang,truskn kecemerlangan anda..jika tidak memuaskn,tingkatkn lg usaha dan berdoa pd ALLAH..pndanglah ke hadapan..perjalanan anda msih jauh..jatuh bangun ketika ini adalah perkara biasa..
ketahuilah............,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11





suka ana untuk memetik kata2 sorg sahabat.. 
"success is a journey, not a destination".. 
kejayaan itu satu perjalanan,bukan satu destinasi..
 "kejayaan milik sesiapa yang berusaha"..



di sini,ana nk ambil kesempatan untuk mengucapkn ribuan terima kasih kepada sahabat2 serumah..walaupn ramai,tp ana tetap nak sebut nama dorg..nama manja.. credit to: bella, kiki, piah, hani, kak lia, kak zu, rean, yati, piqah, kak fiza, nurul, n jiha..without ur courages, mybe i'm still can't get what i got now..mybe diriku tidak mampu memperoleh keputusan secemerlang begini..tima kaseh bcoz sudi mmbntu insan yg lemah mcm driku ni..thanks a lot..hanya ALLAH yang mmpu mmblas jasa kalian..tgk la slip keputusan peperiksaan kalian,dan inilah hasil usaha kita bersama..alhmdulillah..^_^..dan kepada mereka2 yg zahir atau tidak zahir,yg hadir scr langsung atau tidak lngsung dlm mmberikan moral support,mmbri kaunselor jiwa, memberi perhatian dan kasih sayang sehingga diri ini mempunyai kekuatan,juga ana ucapkan trima kasih..



“Ya Allah, aku menyerahkan diri kpd-Mu dan aku menyerahkan urusanku kpd-Mu dan aku menyerahkan kekuatanku kpd-Mu kerana takut dan cinta pada-Mu. Tidak ada tempat berlindung , tidak ada tempat untuk lari daripada-Mu melainkan kpd-Mu. Aku percaya kpd kitab y Engkau turunkan kpd Nabi y Engkau utuskan.” 
(hadis riwayat Bukhari)




wallahuallam..
:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - A note to say.....

February 15, 2012

luahan jiwa seorang wanita..^_^


bismillahirrahmanirrahim..

Aku ingin sekali menatap wajahmu tapi belum halal bagiku..

aku ingin sekali mencium keningmu tapi belum halal bagiku..
aku ingin sekali memelukmu tapi belum halal bagiku..
aku ingin sekali menghabiskan waktu berdua dengan mu tapi belum halal bagiku..
aku ingin berbagi keluh kesahku dengan mu tetapi belum halal bagi ku..

aku ingin menjauh darimu tapi itu tak sanggup aku lakukan..
aku hanya ingin mejaga kesucian cinta ini sebelum datang saatnya..
aku ingin tidak menyentuhmu selama ta'aruf ini karena menjaga kesucian seorang wanita....

maukah kau berjanji tuk menjaga kesucian cinta kita ini..
emm aku tunggu kau menjadi halalku...

Untukmu calon imamku yg akan bertahta di hati,seseorang yang sangat ku cintai didalam hidupku,tetapi mungkinkah dia akan datang didalam kehidupan yang nyata ini,aku takut jika sesuatu terjadi padanya...semoga keselamatan dalam dirinya selalu ada...Aamin ya Rabbal'alamin…begitu pula dengan dirimu ku selalu merindukanmu karena Allah

kepada dia..selalu dihati..

wallahuallam..


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - luahan jiwa seorang wanita..^_^

February 10, 2012

wanita..siapa mereka??

bismillahirrahmanirrahimm..

di sini ana de kumpulkan beberapa hadis tentang wanita..siapakah mereka mengikut pandangan Islam..kaum adam di luar sana..jika kalian merungut dan mengeluh kerana tidak dapat memahami pasangan anda masing2..rujuk lah Al-Qur'an dan As-Sunnah..kerana Islam begitu mengagungkan dan mengangkat darjat yang tinggi tentang kaum wanita..semoga dengan ini,kita dpt mengenali kaum wanita dgn lebih dkat melalui cara yg btul dan diredhainya..insyaALLAH..

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan



3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.



4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.



6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.



7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.



9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).



10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.



11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.



12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".



13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.



14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.



15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.



16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.



17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.



18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.



19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."




:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - wanita..siapa mereka??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...