October 07, 2011

aku dan dia dh putus!!!

Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…” 
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur 
credit to akuislam.com

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - aku dan dia dh putus!!!

October 04, 2011

HOSPITAL TIME..




bismillahirrahmanirrahim..
pasti semua tertanya-tanya tentang gmbr d atas ni kn..gmbar ini diambil pada ari selasa(4oct) di KPJ seremban..ni tgn ana sendiri yg telah dicucuk dgn tiub untuk memudahkan nurse memasukkan ubat dan air ke dlm tubuh ana..yg menariknya gmbr ini ialah gmbr bear kt ats plaster ni..comel kn..mmg syg sgt nk tanggal tp memandangkan kesulitan dan kesakitan yang di alami oleh ana untuk mandi dan bergerak,terpaksalah ana menanggalkannya..sebab dh berdarah2 kt tiub tu..huhu..bye2 my cute plaster bear..i'm gonna miss u..^_^

ni kali kedua ana masuk hospital kpj seremban..kali pertama kes appendiks..kna operation..wktu tu ana pengalaman msuk bilik yang salunyer ibu2 yang mengandung msuk untuk cek degupan jantung baby..ana lupa nma dia pe..tp yg tu la..hehe..pahtu pengalaman msuk bilik bedah yang x best sbb ktil and bantal kecik..haha

then for this time,ana berpengalaman msuk dlm MRI (terowong untuk cek kepala tu)..
hah,ni la dia yg ana msuk..mmg pengalaman la..agak melemaskan sebenarnya sbb kna tutup muka dgn bnda putih tu dan kena ikat kepala..dan d dlm tu bermacam2 bunyi de..almost 30minutes gak la dlm tu..ana mmg rase nk melompat keluar je..tp xleh kn..kna la byk istighfar dlm tu..huhu

kemudian ana kna wat special diagnostic..kna ltak berpuluh wayar kt kepala dan dada..smpai tertidur ana..sbb 45 minit..huhu..mcm gmbr sblh ni la lebih kurg..huhu..
emm ok la..tu je nk share..mmg pengalaman sume ni..tp x best la pengalaman mcmni kn..jga kesihatan yer sume shabat2 dan pembca blog setia ana..^_^..wallahuallam..

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - HOSPITAL TIME..

October 01, 2011

dia menjauh,dia mengelak




Kadang – kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,
Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…
Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.
Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,
Dan maafkan dia.
akuislam.com..


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - dia menjauh,dia mengelak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...