Jawapan bernas dari Ustaz Azhar Idrus:
Ahmedisyazim Ibn Aziz
Salam, Ustaz... solat sunat taqwiyatul Hifzi tu boleh buat ker? sebab ada pendapat yang kata hadis tu Maudhu'... terima kasih...: )
18 minutes ago · Like ·
- احمد كمال عبد الرحىم mnde tu??dok rjin dgor pn...17 minutes ago · Like
Ahmedisyazim Ibn Aziz Solat untuk kuatkan hafazan al-quran... student kita kat Mesir selalu gak buat solat ni time nak exam... : )15 minutes ago · Like · 3 people
احمد كمال عبد الرحىم ooo...14 minutes ago · Like
Esnadia Es 1 time jugak dengar..info bagus...10 minutes ago · Like
Ahmedisyazim Ibn Aziz sy pon baru ja dengaq tadi...tu yang buat research skit tu...heh...heh...7 minutes ago · Like
Ustaz Azhar Idrus ( Original ) cara terbaik ialah solat sunat dua rakaat..takyah niat dalam takbir taqwiyatul Hifzi..cuma berdoa selepas salam minta kuat ingatan pelajaran..semua ulamak tak pertikai cara ini..2 minutes ago · Unlike · 3 people
Ahmedisyazim Ibn Aziz ooo...syukkran Ustaz... : )56 seconds ago · Like
Maksud Hifzi:
Pokoknya Hifzi yang berasal dari kalimah arab hafazha bermaksud menjaga, melindungi dan memelihara. Inilah sebab utama mengapa dilaksanakan ibadah yang cantik ini.
Fadhilat:
- Memelihara peti simpanan pembacaan, pemahaman, pengetahuan dan penghafalan yang telah dibuat.
- Melindungi ilmu melalui hafalan ayat Al Quran dan Sunnah daripada hilang begitu sahaja.
- Memagari seluruh panca indera dan anggota badan dari melakukan perkara kemaksiatan terhadap Allah S.W.T.
- Memberikan kekuatan menggantungkan harapan kepada Allah S.W.T diatas usaha yang telah dilakukan.
- Melahirkan sifat sabar dan mujahadah untuk menjaga ilmu Allah S.W.T yang telah dikuasai dengan sebaik-baiknya.
Kaedahnya:
1. Mengerjakan solat ini empat rakaat,dengan dua kali tahiyat akhir.
2. Mengerjakan pada malam Jumaat,sebaik-baiknya pada sepertiga malam.
3. Mengerjakannya 3,5 atau 7 malam Jumaat secara berturut-turut.
4. Membaca pada rakaat pertama : SURAH YAASIN.
5. Membaca pada rakaat kedua : SURAH AD-DUKHAN.
6. Membaca pada rakaat ketiga : SURAH AS-SAJADAH.
7. Membaca pada rakaat keempat : SURAH MULUK..(Tabarakal lazii..)
8. Setelah selesai solat,bacalah doanya
Solat sunat Hifzi
Doa Selepas Tasyahud Akhir
Doa Selepas Tasyahud Akhir
Maksudnya:
"Ya Allah! Ampunilah aku akan (dosaku) yang terdahulu dan yang terkemudian, apa yang aku rahsiakan dan yang kutampakkan, yang aku lakukan secara berlebihan, serta apa yang Engkau lebih mengetahui dari pada diriku, Engkaulah Permulaan Dan Engkaulah Penyudahan, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau"
(HR Muslim 1/534)
Rujukan:
edited by: akhi ahmedisyazim ibn aziz
0 comments:
Post a Comment