October 17, 2011

kursus pra perkahwinan..huhu

bismillahirrahmanirrahim..


rse seakan2 sudah lma tidak mencoretkn pe2 dlm blog yg tercinta ni..huhu..tp arini tiba2 tringin nk menceritakan pngalaman menyertai satu kursus pra perkahwinan anjuran majlis perwakilan pelajar universiti sains islam malaysia..kali ni ana join sorg2 krn shbt2 ana yg len majoriti sudah sertainya thn lepas..spttnya ana pn join gak thn lepas,tp perancangan ALLAH itu lg baik,ana kena operate lak time tu..xdpt la ana nk join time tu brsma2 shbt2 korporat yg len..mngkin time tu lum smpai seru lg kot..skg ni dh smpai seru kot..huhu..^_^..





de 10 sesi spnjang 2hari kursus ni..opps lupa plak ana nk gtau, kursus ni start 15oct-16oct..sesi2 yg dijlnkn adalah:

  1. Aqidah
  2. akhlak
  3. pengurusan stress
  4. konflik dlm rumah tangga
  5. pengurusan kesihatan keluarga
  6. prosedur perkahwinan
  7. komunikasi suami isteri
  8. hubungan dalam keluarga
  9. ibadah
  10. pembubaran perkahwinan
menarik kn semua sesi ni..ramai gak la student2 yg join program ni..klu x silap ana,lebih dri 200org la..shbt2 ex tamhidi law ana pn rmai gak yg join..nsib baik la,xde la keseorangan je kn dlm kursus ni..hehe..semua sesi di kelolakan oleh penceramah2 yg berpengalaman mengendalikan kursus2 pra perkahwinan ni..antranya Mej. Ustz. Sharunuddin, Mej. Ustz. Abd. Wahab, Ustz. Aris, Ustz. mohamad Wira, dan Ustz Mohd Nor..cara mereka mengupas setiap point itu menarik minat ana untuk mendengar,mendengar dan terus mendengar..sungguh best..hehe..

ada shbt yg bertanya, "nape ko join kursus ni?dh nak kawen ke?" "wah,mcm dh terbau nasi mnyak je ni..ada ke?" "sape jejaka bertuah tu?" dan "bla..bla..bla....." ana tersenyum je..bg soalan2 mreka,ckupla ana jwbkn dgn senyuman wktu itu..terpulang la pd mereka untuk mentafsirkan senyuman itu..^_^..

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)

salah seorang penceramah de membacakan dalil d atas wktu sesinya..inilah sepatutnya dan seutamanya niat seseorg itu untuk berkahwin..untuk memenuhi tuntutan sunnah Rasulullah SAW..tp rmai yg meletakkan bnda lain sbg tunjang utama perkahwinan itu di dirikan..semoga dri ana sentiasa berada d bwah naungan rahmat dan perlindunganNYA..Amiin..

calon??ramai..tp semakin ramai calon,semakin buntu ana untuk pilih mane yg trbaik..de sahabat yg bertanya, "siapa dia tu?**** ke??atau ****??"..aduh,maafkn ana sahabat..bkn ana tidak mahu memberitahu, tetapi selagi blum pasti ana tidak berani untuk menghebah2kan..ana tidak mahu pisang berbuah 2 kali..hatta dia sudah menjadi tunang ana pn,ana tidak akn memberitahu gerangannya slagi tarikh yg bermakna itu masih jauh..

sabda Rasulullah SAW yg bermaksud, "Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.”
 (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair)

sedangkan pertunangan pn, Rasul Junjungan Besar kita perintahkan untuk dirahsiakan, inikan pula bru risik2..lg la ana ptut rhsiakan demi menjaga kemaslahatan masa akn datang dua2 belah pihak..^_^

selepas menghadiri kursus ni, ana mendapati secara teori perkahwinan ini nmpk mudah,tp dri segi prktikalnya, indah khabar dri rupa..berat tnggungjwb yg akn dipikul nnt..riso plak untuk menghadapi amanah besar ni,bkn shj antra suami, bahkan kelak dgn anak2..ana masih kurg ilmu d dada..msih byk yg perlu d pelajari..huhu..

-Sukar untuk mencari diri mu kerana diri mu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tapi, ana pasti jika nama mu yang tertulis di Luh Mahfuz untuk diri ana, nescaya rasa cinta itu akan Allah terbitkan dari dalam diri kita. Tugas pertama ana bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ni. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah dri ana tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ana pegang dalam misi mencari diri mu...-
so wtpe ana nk riso..be good to get better..huhu..-

wallahuallam..

Doa solat sunat istikharah Istikharah Cinta

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”.


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::

1 comments:

Anonymous said...

Welcome back..ahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...