November 28, 2011

SALAM MAAL HIJRAH..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..





SALAM MAAL HIJRAH DARI ANA SEKELUARGA..^_^


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - SALAM MAAL HIJRAH..

November 27, 2011

jaga aurat,anda bijak..^_^


insyaALLAH,sma2 la kte brubah ke arah yg lg baik..
menutup aurat adalah wajib..

 wallahuallam..

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - jaga aurat,anda bijak..^_^

November 26, 2011

tidak mengapa syg..

bismillahirrahmanirrahim..

wallahuallam..

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - tidak mengapa syg..

November 25, 2011

Membuat helah dengan bijak

bismillahirrahmanirrahim..


RASULULLAH JUGA PERNAH MEMBUAT HELAH (MENIPU) TETAPI DENGAN CARA YANG BIJAK SEKALI.

suatu hari baginda rasulullah dalam perjalanan ke satu tempat. kemudian, dia melihat seorang yang ketakutan melarikan diri. dan orang itu meminta tolong kepada Rasulullah sekiranya ada orang mencarinya, dia meminta agar baginda merahsiakan hal ini.

orang itu terus lari dan bersembunyi.

tiba-tiba, datanglah orang yang mencarinya tadi (mungkin untuk membunuh orang tersebut).
"wahai muhammad, adakah kamu nampak seseorang ketakutan yang berlari ke arah ini?"

Rasulullah kemudiannya mengubah kedudukan baginda, dengan menginjakkan (mengubah) kaki baginda ke satu tempat yang lain. Kata baginda, "sepanjang aku berdiri di sini, aku tidak nampak seorang pun melintas atau berlari ke arah ini."

(sebenarnya, dengan mengubah kedudukan itu, Rasulullah tidak dikira menipu)


wallahuallam..


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - Membuat helah dengan bijak

November 22, 2011

jangan kau sangka...

bismillahirrahmanirrahim..


Jangan kau sangka hati Muslimah itu senang ditawan, lebih-lebih lagi hati   yang kenal iman, yang tidak pernah berganjak walau sesaat pada cinta 
Tuhan. 

Jangan kau sangka hati Muslim itu senang tertarik pada suara manja, lebih-
lebih lagi yang bijak menanam imaannya, yang tidak sesekali menderhakai Penciptanya. 

Kenallah Pencipta mereka dan pohonlah diberikan yang terbaik agar tiada 

tersalah pilih kerana hati itu bukan milikmu tetapi hanya pinjaman sementara..

wallahuallam..



:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - jangan kau sangka...

November 21, 2011

Malaysia Menang..aauummm!!

bismillahirrahmanirrahim..


wajah2 kegembiraan pasukan harimau muda Malaysia..aauuummmm.. mantap la..:-)..

setelah terikat 1-1 dgn pasukan Indonesia..Malaysia memenangi piala EMAS sukan sea menerusi tendangan penalti 4-3..

ana dengan 8org sahabat yg len begitu semangat memberi sokongan d hdapan skrin televisyen..suara kami bergema tatkala Malaysia menjaringkan gol..bertepatan dgn sorakan lelaki-lelaki yg memenuhi kedai mannu salwa yg tidak jauh dari rumah kami..sorakan semangat 'Malaysia..Malaysia..Malaysia' berserta tepukan semarak memecah kesunyian malam..

ana bkn la sorg peminat bola..tp bila yg lwn nye itu Malaysia, semangat itu lebih ckit..huhu..subhanallah,mmg ana rse mcm nk kena serangan jantung td..begitu berdebar-debar..tp alhamdulillah,kemenangan d pihak Malaysia..^_^..

kpd pemain Indonesia,kalian pn bermain sungguh hebat td..kalah menang itu adat permainan..jangan la di sebabkan ini,hubungan kita renggang dan bermusuh..saling hormat menghormati menjadi tunjang keharmonian yg terbina terus kekal abadi..:-)

syabas MALAYSIA..

i'm proud to be MALAYSIAN..

wallahuallam..

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - Malaysia Menang..aauummm!!

kasih seorang abang..

bismillahirrahmanirrahim..


menitik air mata ana bila bce sbuah kisah ni..d sini ana nk share dgn kalian semua..ana ambil dari facebook sahabat ana..bacalah,hayatilah..^_^




‎-Surat Untuk Abang Dari Adik-

Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis 
surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku





Wallahuallam..

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - kasih seorang abang..

November 19, 2011

maaf banyak-banyak..

bismillahirrahmanirrahim...

segala puji bagi ALLAH dan RasulNYA kerana di beri kesempatan pd ana untuk menaip lg..rse sudah lma tidak menaip..kesibukan membataskan ana untuk terus menaip berkongsi pengalaman dan ilmu..ana dpt rsekan berdasarkan bilangan post2 ana setiap bulan..makin lama makin ckit bilangannya..subhanallah..masih banyak yg ana kna ubah dari segi cra hidup ana supaya ana dapat bhagikan masa dengan keja2 kursus universiti dan masa untuk berkongsi ilmu dan berdakwah dgn pembaca2 sekalian..maafkan ana..^_^


inilah sebahagian keje ana dlm sem ni..ni antara assignment2 besar yg sahabat ana catitkan..ni belum termasuk keje2 presentation kecil yg perlu dilakukan tiap mnggu..^_^..agak berat dan penat..tp alhamdulillah,ana masih mampu melakukannya se'komitmen' yg boleh dgn bantuan shabat2 sekumpulan..selepas tamat event besar kami awal bln 10 aritu, masing2 sibuk dgn kuiz2 dan mid term..skg ni ngan assignment..em inilah student's life kn..nnt dh keje msti rindu..huhu..

ana tnjuk ni bkn utk meminta belas kasihan kalian..tp hanya ingin share keje2 ana..tp ana suke..sbb bila cari bhn2 utk assignment ni..byk bnda bru yg ana tau..mesti salu kalian akan dengar dri mulut ana "ooo mcmtu,bru tau.." "ooo..mcmtu ye" "emm xpernah dengar pn perkataan ni"..^^..hehe..alhamdulillah..syukur..rezeki ana..mesti kalian jeles kn ana sntiasa dpt ilmu baru..klu jeles,jd la student..huhu..

ala,ilmu ALLAH de d mana2..kna pndai cri je..yg penting,RAJIN..rajin BACA, rajin DENGAR, rajin LIHAT dan NILAI..kdg2 dri perbuatan org len pn,kte leh dpt ilmu baru..^_^..

doa2kn la ana brjaya siapkn sume keje ni tepat sebelum tiba wktu due date dia..skang ni ana bz menyiapkan xciment2 yg kena anta hujung bulan november ni dan awal bulan december..agak mencabar assignment dia sbb carry so many marks..tp lum wat lg,mcmne tau susah kn..take it as a challenge, insyaALLAH..

innallah ma'ana..

wallahuallam...

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - maaf banyak-banyak..

November 10, 2011

where we are??

bismillahirrahmanirrahim..

janganlah jadi baik kerana inginkan lelaki soleh dan wanita solehah,
tp jadi lah baik hingga kita di inginkan oleh lelaki soleh dan wanita solehah..
^_^..

do not find mr or mrs right..
but do find mr or mrs rightest..
^_^

carilah cinta kepada ALLAH,
nescaya anda mampu miliki cinta2 hamba2NYA..
jika anda cari cinta2 hamba2NYA,
blum tntu anda mampu miliki cinta kepada ALLAH..
^_^..


wallahuallam..

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - where we are??

November 08, 2011

eMAN therapy..

bismillahirrahmanirrahim...

alhmdulillah,arini berjalan lncar..belajo keta pn smooth je..blik dri belajo keta,papa ana gtau yg ptg ni ikut g wat terapi..percuma je..terfikir2 gak,terapi yg mcmne??tp idok la plak ana brtanya kt papa..huhu

so 5.50pm,kmi kuar umah..dekat je tempat terapi tu..depan tu je..nampak x jari ana tunjuk mane ni..hah,kt tu la..^_^..hehe..




ana dftar terlebih dahulu..nk msuk tu kna dftar..nnt dia bg 1 kad..utk first timer mcm ana ni,termangu2 gak la..nk watpe lg ni kn..huhu..then,bila msuk je dlm dewan tu..eh,mcmni je..terapi mcmne ni??


mcmtu la keadaannya..de krusi,lapik kaki mcm lapik kaki kereta tu..then,lapik kerusi..pahtu de la mesin2 kt tgh2 tu kn..akak tu soh kami dok depan..sbb ana kn first timer..papa mama ana je yg dh regular kt tu..so kmi bertiga dok depan skali..kbtulan de 3kerusi sebaris tu..


hah,tu la tmpt dduk ana..dpn skali..sebelah mesin tu..ana pn duduk la..akak tu pn soh press button start kt mesin tu..bila press je..ana terasa de gegaran kt kaki..tp kt tu je la ana rse gegar..dlm ati ana, "mcmni je ke??simplenyer..hrga mhal.."..ana sentuh tgn mama ana,mcm terkena kejutan elektrik,mama cepat2 tarik..mama ckap,jgn sentuh mama..kna renjatan..hah????mcm pelik je..ana x rse pe2 pn..


mcmni la ropenyer..yg gegar2 tu kt bwah tu..emm,berbalik citer td..d sbbkn ana first timer,so agak fofular ptg tu..akak yg mesra dgn pnggilan kak jie tu x abis2 sbut nma ana n tny ana mcm2..dia tny de rse gegar2 x..ana ckap la de,kt kaki..akak tu soh ana angkat tgn..dia nk sentuh jari..dia ckap jgn trkjut..zappp..sekali sentuh je jari akk tu kt jari ana,terperanjat ana..kalian prnh kena renjatan elektrik x??ataupn prnh x korg pegang skrin tv yg bru pas off..akan terasa renjatan ckit..so mcmtu la yg ana rse..leh tegang bulu roma mcmni..huhu..so bru la ana tau mcmne cranyer dia brfungsi..mmg nmpk simple gler..tp rupa2nya,dia dalaman..x serabut pn..kita xkn rse pe2 pn..dlm msa 20minit tu,xsedar..tiba2 je, eh dh abis..kita seakan2 duduk bese je..but shock dia,fuh mantap..leh tegak rmbut..huhu..


ni mama papa ana..mereka dh cuba byk kali da..alhmdulillah,terasa perubahan tu..terapi ni dijalankan secara percuma je..so,sape2 pn leh cuba..wat la tiap2 hari pn,xde msalah..^_^..

tiap penyakit ada ubatnya..berikhtiar la selagi mampu..jgn berputus asa..kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan makhluk itu berusaha mengubahnya sendiri..jodoh,ajal d tgn Allah..tp Allah tidak pernah mengajar kita untuk bertawakal shj tnpa berusaha ketika sakit,hny menanti saat malaikat maut mencabut nyawa..kerana belum pasti nyawa kita akn di ambil ketika itu..ikhtiarlah...

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:
”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”




(Abu Daud)


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - eMAN therapy..

November 03, 2011

kenapa pengorbanan tidak dihargai???

bismillahirrahmanirrahim..


Pernah tak kamu rasa diri kamu tidak dihargai disisi dia? Sedangkan kau sangat menghargai dia sebagai kekasih mu..itu merupakan tanda awal dia bukan yang terbaik untukmu..sebagai manusia kita juga harus dihargai..Kita juga berkorban dalam perhubungan yang kita bina..Pernah tak kamu rasa pandangan kamu tidak dihormati? Sedangkan kamu sentiasa mengalah dalam menghormati pandangan dan keputusannya..Tidak betul..Bercinta merupakan satu hubungan yang dijalinkan atas persetujuan bersama, kita mempunyai hak yang sama untuk dihormati..hati kita juga layak mendapat pertimbangan..Hubungan sebelah pihak tidak kekal lama..Dia bukan milikmu...Pernah tak kau rasa dia terlalu berkira melabur dalam hubungan kamu? Sedangkan kita sedikit pun tidak pernah mengungkit..


Dia bukan yang terbaik. Perkongsian akan mengukuhkan sebuah perhubungan..Dari segi masa, wang ringgit dan pengorbanan...Tidak ada alasan untuk mementingkan diri sendiri dalam perhubungan..petanda dia bukan milikmu..Aku pernah merasa 'dia' yang terbaik dulu, tapi aku lupa, masih ada insan lain yang lebih baik..Walau diri ini tidak dihargai, walaupun pengorbananku tidak pernah dipeduli, aku masih bertahan...aku takut untuk mengakui aku tidak bahagia..apa orang akan kata..aku wanita cerewet? Tapi aku juga ada hak untuk bahagia..Sekarang, aku bahagia... Bahagia dengan keruntuhan hubungan dahulu yang ku ingat tiada gantinya.. Aku bahagia bersama insan yang lebih menghargai dan menghormati aku sebagai seorang wanita...



Sesungguhnya cinta ALLAH, adalah cinta teragung,
Seandainya kita meletakkan segala usaha kita padaNYA,
Kita tidak akan kecewa,Bila mana seseorang itu tidak tercipta untuk kita....



Kita merancang,ALLAH juga merancang,
Tetapi rancangannNYA adalah yang terbaik.
Kita sebagai hamba hendaklah redha,Atas segala ketentuanNYA....
Kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita........



"Dia" yang ditunggu itu bukanlah milik kita
Walaupun setelah tiba masanya
Kita harus sentiasa ingat"dia" yang ditunggu itu
Hanya pinjaman daripada ALLAH SWT
Untuk memikul amanah khalifah di muka bumi.
Jadi walau siapapun "dia",Tanamkan niat untuk ALLAH DAN ISLAM
Berpeganglah dengan ini.Kita tidak akan rasa kecewa,
Kerana ALLAH kasihkan kita dan "dia"........





CINTAILAH KEKASIHMU DENGAN SEDERHANA,BOLEH JADI ENGKAU AKAN MEMBENCINYA PADA SUATU KETIKA...DAN BENCILAH ORANG YANG ENGKAU BENCI DENGAN SEDERHANA,BOLEH JADI ENGKAU AKAN MENGASIHINYA PADA SUATU KETIKA.....
(HR AT - TIRMIDZI)


Seekor burung bertenggek di puncak gunung..Tasbih gunung dan burung

"Mimpi duniawi umpama debu,yang abadi hanyalah cinta-MU ya Allah"



NASIHAT HASAN AL BANNA:
Hendaklah engkau menundukkan pandanganmu,Menekan emosimu dan memotong habis selera- selera rendah dari jiwamu.....Bawalah ia hanya untuk mengapai yang halal lagi baik dan Hijabkanlah ia dari yang haram,dalam keadaan apa sekalipun........



:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - kenapa pengorbanan tidak dihargai???

November 01, 2011

Flowers are red


bismillahirrahmanirrahim..

sonok sgt lagu ni..wktu first time dgr kt hndset kwn,trus jtuh ati..tmbh2 part that little boy tu nyanyi..hehe..

this song is synopsisly about a little boy yg bru msuk skolah..wktu that female teacher asked them to paint..the little boy paint so many colours for flower..cikgu tu x puas ati,for her, there's no colour for flower except red..daun plak msti wrna hijau..the boy argued and said that flowers ada macam2 colour sepertimana rainbow yg mcam2 colour..dan dia prnah nmpk..but the teacher still want to win and force him to follow what she taught..and finally,that boy ikut apa yg teacher tu ckap..until he moved to another school..when one art teacher there asked to paint..the boy paint the flowers and leaves like what he learnt before at previous school..but his teacher at his current school told him that there's so many colours for flowers..lastly that boy happily ever after bcoz his teacher satu kepala dgn dia..huhu

that's all..enjoy the song k..^_^

wallahuallam

p/s: permulaan bulan yang happening..huhu..moga berterusan..:-)


as colourful and flowerish as my heart..^_^

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - Flowers are red
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...