July 28, 2011

makin hari makin....

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah,ana lepas QTI (test before JPJ test)..yg peliknya, wktu belajo ngan ckgu sebelum tu, 2x ana mati enjin kt traffic light.."cuba awak jgn gelabah,releks..awak nk kejar apa..wat satu2,tekan minyak then lepas clutch pelan2.."..aduh,kna sound plak ngan cikgu wktu ngah gelabah tu..hehe..sian kt keta blakang..smpai lampu tu jadi merah balik sbb ana mati enjin..huhu..tp yg pnting QTI lepas..skg ni tgu JPJ je..ckgu ckap pas rya..em sblm tu,kna practice dlu la kt umah..^_^

em ptg tu pas solat asar,tiba2 terlintas nk wat biskut..ana pun wat la bskut "permata di hati"..sedap kn nama dia..hehe..


ni la rupanya biskut yg ana wat td..bentuk dia hodoh ckit..sbb xde acuan..ana wat gna pisau je td..hentam sajalah..hehe..klu x,sptutnya bentuk hati, then atas dia de badam and coklat permata tu..tp xde bhn..so mcmni la jdnya..nsib baik sedap..alhamdulillah..so crunchy..yela,sbb berasaskan cornflakes..sbb tu la rangup..ari ahd ni nak wat kek plak..sblm pose,bhy wat wktu pose..kurang phala pose nnt..hehe..senang je nk wat..sape nk resepi,leh msj kt ni atau kt my email k..ilmu xleh kedekut..bila minat,insyaALLAH sume boleh..^_^..k get to go..take care sume..

wallahuallam..

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - makin hari makin....

just for remind..


"...O son of Adam, I asked you for food and you fed Me not.’ He will say: ‘O Lord, and how should I feed You when You are the Lord of the worlds?’ He will say: ‘Did you not know that My servant So-and-so asked you for food and you fed him not? Did you not know that had you fed him you would surely have found that (the reward for doing so) with Me? O son of Adam, I asked you to give Me drink and you gave Me no drink.’ He will say: ‘O Lord, how should I give You drink when You are the Lord of the worlds?’ He will say: ‘My servant So-and-so asked you to give him drink and you gave him no drink. Had you given him to drink you would have surely found that with Me.’" 
[Sahih Muslim - Hadith Qudsi no. 18]


"If you're not taking care of others, you're not taking care of yourself." - Shaykh Hamza Yusuf

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - just for remind..

The Festival of Worship..salam ramadhan..^_^






:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - The Festival of Worship..salam ramadhan..^_^

July 27, 2011

appendik..berhati-hatilah..

bismillahirrahmanirrahim..


tadi ada sahabat ana anta email bertanya kt ana psal sakit appendik..sbb ktanya ana pernah operate appendik 9bln yg lalu,msti berpengalaman psal appendik..dia menyuruh ana cerita pengalaman ana tu..sakit appendik tu mcmne?sakit sangat ke??..aduh,klu pengalaman yg manis2 tu,mmg sedap la nk citer..tp pengalaman ni,wlaupn dh 9bln berlalu,tp bila tgk video operate tu (KPJ mmg menyediakan video operation pesakit2), ngilu la gak rse..wktu perut ni digerudi..huhu..


tp utk peringatan sume,insyaALLAH ana leh share..firstly,jgn main2 bila sakit perut..pertama kali ana kna skit perut wktu ana tngkatan 5..at that time,my friends thought yg ana kna gastrik..ana pn pk mcmtu,sbb kbtulan aritu ana xmkn..dorg bg minum susu n pimpin ana bila mahu ke tandas..ana xmmpu utk berdiri tegak..seriously, mmg sakit sgt kt bwah pusat tu..thanks to kwn2 yg begitu prihatin..mmg susah nk cari shabat sejati bila sakit,but they are my truly friends..thanks..


ana ingt sakit itu akn berakhir begitu je..but a year after that, i felt it again..sthn kmudian not sebulan kemudian  or seminggu kemudian..so ana x fkir lngsung about appendiks,mmg fkir sakit perut biasa..lgpun jupe doktor klinik biasa,they said angin..ok,i'll accept..myb they were true,dorg kn doktor..coincidently, my family mmg sakit gastrik,so mngkin ana pn dh berjangkit kot gastrik (gstrik berjangkit ke??huhu)..


after that,perut ni dh makin tenang..no more sakit2..but a few months later,it's happened again..n it's continued   sometime once every 2 months, n sometimes every few months..still the same, ana fkir sakit perut biasa..angin..rasenye dh byk biji dh ubat angin yg ana telan spnjang 2thn lbih ni..dh la ana ni jenis yg x suka ubat (takut sebenarnya) ngan ubat..huhu..


awl thn 2010,sakit ni dah menjadi2..sebulan sekali..n bleh plak ana pkir yg sakit prempuan..huhu..n 2months before operate dia dh sakit bleh dkatakan sekali seminggu..bila kna sakit ni,ana xbleh bgn..nk bgn,ana kna hold something or someone..mmg menyakitkan..bahagian tgh perut ni rase keras..nk urut??nk sentuh pn dh sakit..mmg dugaan tol la..pernah ana terfkir wktu sakit tu, "aku ni dh nk mati ke?"..sbb mmg menyakitkan..mmg salu la amik mc and xdtg kelas..bila sakit ni reda,ia bkn terus ilang sakit,dalam perut ni mcm luka,so still sakit,kdg2 rse mcm luka tu bergesel2,berpeluh2 ana dibuatnya..lum abis kesan luka yg lma,dtg lg sakit tu..aduh,seksanya wktu tu..


dh len mcm,papa soh mintak surat kt doktor,rekomen ke hospital..ana pilih hospital pakar seremban..sbb abg ana dh bese ngan hospital tu..nsib baik de shabat mmpunyai kereta,klu x, memang ana dh naik nino nino (ambulans) la..huhu..bila smpai,bilik seorang penuh..nasib baik ada abg aritu,kbtulan dia msuk wad gak,so lepak la kt bilik dia dlu..mmg wktu tu sedih+takut sume de..sbb papa mama xde..klu tol appendiks mcmne..klu kna operate mcmne??sume tu bermain2 d fkiran..doc dtg cek,geram gak ngan doktor tu..suke2 ati je tekan2 perut,dh la sakit..terangkat2 kaki ana..klu doc tekan kuat lg,mmg kaki ni dh angkat kna doc dh..hehe..and prkra yg x d sangka, dlm kul 830 mlm,mama n papa dtg..subhanallah,mmg sebak ati ni..ptutla abg n tunang dia len mcm je..mcm sembunyikan smething,mmg suprise la..huhu


alhmdulillah,mlm tu dpt gak bilik sorg..sister gtau sok akan wat checkup..mlm tu bermula sesi masukkan air..klu xclap ana,lbih 9 botol air sepanjang 3ari 2mlm ana kt ctu..my wrist dh bengkak da..dh la nk mndi susah..kna bwak tiang tu msuk bilik air..nsib baik mama msuk skali..^_^..pagi soknya, g wat checkup, ala yg salu org nk tgk ngandung atau x tu,hah,gna yg tu la..doc tu ckap,klu xnmpk pe2,mmg appendiks..n of kos,mmg xnmpk pe2 wktu scan tu..dlm kul 12tghari,doc dtg gtau mmg appendiks and soh salin baju kul 1 operate..mmg cepat kn hospital swasta,klu kerajaan pny,kna tnggu dlu kot..tp ana yg gelabah,dlm msa sejam kna operate..muka dh pucat abis la..hehe..


sejuk gler bilik bedah..swktu menunggu,ana xleh baring,rse sesak nafas..nervous kot..huhu..wktu dlm bilik bedah,de sorg doc tu dtg gtau yg dia doc bius..pahtu dia cucuk ana,then mmg ana xsedar apa2 dh..bila sedar,tgk ana dh kt luar bilik bedah,pkai meter tu..ana soh sister off,pahtu ana lena lg..sedar2 dh de dlm bilik..mngkin kesan bius tu,ana lena smpai maghrib..kna qada' zohor, asar..papa yg tlg lapkan bdn utk wuduk,n solat dlm keadaan baring..pengalaman kn..huhu..shabat2 de dtg ziarah mlm tu..syukran..dorg yg rasmikan tgk vdeo operate tu..de yg rse nk termuntah tgk..hehe..nk g toilet,mmg papa la kna papah dgn dbntu oleh abg..ana terpaksa gna spenuhnya kudrat org utk berjalan..sian papa..huhu


jadi sahabt2,klu sakit teramat sgt,jgn amik smbil lewa,g wat checkup..alhmdulillah,ana cepat,appendik tu dh hitam,klu pecah,mmg ana kna belah perut,ni alhmdulillah doc hny gerudi 3tmpt,gna camera..mencegah lebih baik dari mengubati..x best pn msuk blik bedah tu,sejuk semacam je..huhu..klu de rase sakit kt tengah perut tu,n area pusat tu,g la wat scan..susah klu btul tu appendiks and pecah..azabnye hny ALLAH sje yg tau..azab dunia..berkerusi roda la alamatnye..sbb xnk bg 'bentan'..berhati-hatilah..


wallahuallam


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - appendik..berhati-hatilah..

July 26, 2011

::'jarak' ada hikmahnya::

bismillahirrahmanirrahim..

Semua insan pasti merasa perasaan untuk memiliki dan dimiliki..kerana kita dkurniakan hati untuk diberi kepada seseorang yang selayaknya atau sehalalnya untuk kita dalam dunia ini.. ana tidak percaya jika ada seseorg yg mengatakan dia bleh hidup sendiri, leh hidup tanpa rasa, tanpa cinta..mulut mungkin bleh menipu,tp hati tidak mampu menipu..kita tak bleh lari dari cinta..klu kamu tak percaya cinta,bagaimana kamu mahu mencintai ALLAH, Nabi, family..kita d dunia ni memerlukan seseorang..perasaan tu sudah fitrah dalam kehidupan insane..Cuma yang berbeza bagaimana rasa tu hadir dan bagaimana kita mengawal rasa tu supaya tidak melebihi rasa cinta pada Maha Pencipta Yang Maha Esa..

Disini, ana nk kongsi satu cerita..ana ambil dari kwn ana..ana tak pasti dari mana dia dapat,tp ceritanya bagus dan ana rase ada berhubungkait,sbb ia berkaitan dengan ‘jarak’..and apa yang ‘aku’ dalam citer ni rase, and apa yang ‘aku’ ni ungkapkan,nape sama seperti yang ana fikirkan..
cinta jarak jauh ni memerlukan pengorbanan yang besar..bukan mudah seperti d sangka..kejujuran dan kepercayaan di letakkan d tempat yang tinggi selepas keyakinan jodoh kepada Yang Maha Esa.
Mungkin terlintas di hati,knapa perlu memilih yang jarak jauh sdgkan yg dekat sudah ada..terasa penat..tapi ana yakin segalanya ada hikmah..n pasti ‘jarak’ ini ada hikmahnya..
Bila benda yang baik, hikmahnya mesti baik,insyaALLAH..
Anggap ini satu ujian dari Allah untuk menguji hati hamba-hambaNya..


‘Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku’

Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata. Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.


Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini. Oleh itu, aku mengerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah ‘JARAK’ ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

Kini aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku. Tetapi ‘JARAK’ ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra’d 13:28 )


Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia :)



Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah,
CINTA ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya
Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA
Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur
CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan

recite by Anna Althafunnisa ‘Ketika Cinta Bertasbih 2’


p/s : kepada pemilik story,maaf sbb xletak link sbb xtau empunya crita..emm klu terbaca,give hint to me and i'll make sure to put link on this..thanks..


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - ::'jarak' ada hikmahnya::

July 25, 2011

cubaan pertamaku..

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah,arini lebih baik dari semalam..
kerana ana berjaya membuat satu biskut raya..
thanks to papa..
sbb snggup curi masa keje ckit untuk bwa ana ke kedai beli barang-barang yang xde..
love u so much..^_^
so bila sampai je kt umah..
dengan semangat yang berkobar-kobar..
ana pun wat la bskut ni..
try biskut simple je dlu..
yang tidak guna byk bhn..
utk test and get familiar with new oven's funtions..
well, the taste of biscuits is not bad for the beginner like me..
(wah,puji diri sendiri plak..huhu)
so,inilah hasilnya..
dpt wat 48biji je td..
berebut haris and papa makan..
papa cakap bleh wat jual ni..
cuma kna tmbh hiasan atas tu bg brchaya ckit..
papa siap dh kira modal and untung lagi..haha
sekali harung papa,mama n haris makan..
dh abis pun..
hehe..xpe,sok wat lagi insyaALLAH..
^_^



--lusa nak wat biskut yang blajo aritu plak..huhu..insyaALLAH-
wallahuallam..

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - cubaan pertamaku..

hati wanita pada seseorang..

Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat.. Kerana menanggis dia dalam senyap.. Menanggis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir..

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir.. Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.. Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.. Dan jika kita terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkan lah hatinya..

Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.. Dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.. Dan jika kamu berpesan jangan menanggis lagi dan akan menjaganya.. Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu.. Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya..

Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kam berangkapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu.. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukanya.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.. Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu..
Apabila dia berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata. katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.. Kerana kamulah dunianya selamanya..

Kadang dia menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.. Kata orang keras keras hati perempuan mampu cair dengan janji manis sang pemujanya..

Dan kadang apabila dia berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.. Dia terlalu emosional.. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu..

Itulah sedikit kisah hati perempuan pada seseorang.. Seseorang di sini bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya.. Jika anda bukan lelaki tersebut, sejauh mana langkahmu pasti tiada hasilnya.. Kerana sekali perempuan itu telah jatuh hati, amat susah untuk si dia melepaskan di dalam jiwanya.. Akan mengambil masa yang lama untuk pulih..



-jadi,sudah mengertikah dikau nape diriku berperangai dan melakukan hal yang demikian???-



credit to ANGAH


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - hati wanita pada seseorang..

July 24, 2011

hikmah,musibah atau khianat??-part 3

“wei, cepat lah story ngan aku..pe kes?hang kena paksa nikah ke dengan family hang?” membulat mataku mendengar assumption dia tu..ke situ pulak dia ni fikir..Anuar menongkat dagu dengan kedua-dua belah tangannya..aduh,si anuar ni..macam tak sabar je nak dengar cerita aku..hehe..
                “emm xde pe2 la..aku bahagia je la..and xde kes paksa-paksa k..hang tu terpengaruh sangat ngan cerita tv ni..tu la lain kali jangan tengok tv sgt..dulu kecik-kecik,ngadap je tv tu..smpai ponteng sekolah agama rakyat kan..jenuh aku ajak,tapi x mahu pi gak..”aku tergelak kecil melihat kerutan di kening Anuar..sengaja aku bebel sikit,mudah-mudahan Anuar melupakan tentang soalannya tu..akan kubiarkan soalannya tu tergantung..bukan caraku untuk bercerita soal peribadiku ke orang lain..apatah lagi melibatkan hati dan perasaan..biarkan ku pendam sendiri..sesungguhnya aku mempunyai Pendengar Yang Maha Hebat di atas sana..
                “ceh,usah hang ungkit masa lalu..lagipun bkn salah aku..sape soh cite tu tayang wktu sekolah agama..nasib la..lagipun ustaz tak marah pun aku tak datang kan” anuar ketawa..
                “yela,aku tau la hang tu budak pandai..sume ustaz ustazah suka” aku mencebik..tapi dalam hatiku tidak menafikan, Anuar popular d sekolah pagi dan juga di sekolah agama..mungkin kerana anugerah kepandaian dan keramahannya itu membuatkan sume orang merasa selesa dan suka di sampingnya..tetapi Anuar lebih selesa berada bersamaku..kami sentiasa bersama..sampai kawan-kawan ketika itu memanggil kami ‘ulat belangkas’..aku tersenyum bila terkenangkan kisah dulu..
                Anuar mengetuk kuat meja..tersentak aku.. “hang ni pun agak-agak la pun nak rindu cik abang depan aku..senyum sorang-sorang..aku ni masih wujud di depan hang ni la..hang tak pernah berubah kan..daydream je selalu..” tergeleng-geleng kepala Anuar..
                “mana ada aku daydream..mata aku elok je pandang muka hang tau..”
                “your eyes are here baby..tp fikiran hang dah smpai mana dh tu..em by the way,tadi sebelum aku tegur hang,aku tengok hang leka menulis dalam buku nota kecik tu..hang tulis apa??hang jadi writer ke??”
                Aku mengeluarkan kembali buku nota kecikku..driku bkn seorang yang rajin untuk menulis..tetapi semenjak ni, buku nota ni dah jadi teman rapatku..aku mengarang cerita demi cerita bertuntaskan perasaanku..jika sedih hatiku,maka ceritaku automatic menjadi sedih.. “xde la nuar..saje suka-suka menulis..best tau menulis ni..hari ni saje nak ubah angin,menulis di sini..sambil tengok ragam manusia..but I’m not a writer..aku cikgu tadika la..alhamdulillah,dapat buka tadika sendiri..rezeki dari Allah..yang hang ni, elok ber’tie’ n vest  ni..hang dari mane??orang datang sini,pakai simple-simple je..rimas aku tengok hang ni”
                “lar,hang tak tau ke?”
                “tau pe?” aku bertanya kembali..
                “tapi rahsia ni tau..”
                “ish, pe dia?bikin suspen lak..” semakin teruja aku untuk mengetahui..
                Anuar berdiri sambil membetulkan tie dan vestnya..aku terpinga-pinga..nape lak dia ni??.. “ehem..ehem..well my cute little buddy, let me introduce myself..i’m Anuar..lawyer from rahman and co..i’m dressing like now bcoz I’m just meet somebody or in other word is my client..so I need to be smart and handsome..right? nice to meet you” Anuar menghulurkan tangan tanda ingin bersalam..aku masih terpinga-pinga..bila tersedar,tanpa menyambut huluran tangannya, aku menunjukkan penumbuk..lagi kuat Anuar ketawa sambil duduk kembali di kerusinya..
                “saje nak gurau-gurau ngan hang..nak uji hang sambut ke x salam aku..”
                “Brader,see the leg la..tidak akan aku sambut salam hang,dasar buaya darat..ni yang hang tunduk-tunduk bawah meja ni nape plak?” pelik dengan Anuar yang bagaikan mencari-cari sesuatu di bawah meja..
                “lar,kan hang yang soh tadi” katanya..masih tertunduk-tunduk..
                “bila masa plak aku soh hang tunduk bawah meja?”
                “tadi hang soh see your leg..tu yang aku tunduk ni..nak tengok..tapi tak Nampak la..hang pakai stoking..tak Nampak kaki hang..”
                Secara spontan, aku menendang kaki Anuar.. “nak kata bengong, dah jadi lawyer..lawyer lurus bendul..” anuar ketawa berdekah-dekah..aku rasa kalau atas lantai skang ni,mesti dah terguling-guling si Anuar ni..masih dengan loyar buruknya..selalu wat aku ketawa..sekurang-kurangnya hatiku terhibur di saat itu..ya,terlupa sejenak aku dengan masalah yang menyelubungiku..keputusanku untuk lepak di situ benar-benar mengusir sebentar beban yang terbuku..Alhamdulillah..

-to be continued-


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - hikmah,musibah atau khianat??-part 3

ramadhan belum tiba,bahang syawal sudah terasa??^_^

bismillahirrahmanirrahim..



alhamdulillah,ana sekeluarga baru pulang dari bershopping di jaya jusco td..subhanallah,ramainya orang..cuba la bayangkan,kami sampai dalam pukul 1030 pagi..tapi parking full..we have to wait utk masuk parking..try to imagine, jj open kul 10pg, in half an hour, how come there's already many people here..kul brape la dorang sampai kan agak-agaknya..tapi its normal la kan..weekday..


akhirnya dapat gak parking..di aras atas..bila turun menggunakan escalator ke ruangan barangan..patutlah, tanda diskaun 50% and 70% boleh di katakan hang in all area inside of JJ..wah,semangat ana dan mama ana berkobar-kobar dah ni..sebenarnya tujuan hadir ke situ untuk membeli baju raya for my dad..alhamdulillah,rezeki wat lemang utk minggu tu..dapat beli baju raya..syukur..^_^



tapi,kami tidak terus membeli..sbab perut lapar,so kami p la ke food court..mama nk makan kaya ball..masyaALLAH, dh abis..last2,mama beli waffle je..my dad and ana lak lebih prefer g beli kt Mcd je..kami share mkn mCchicken tu..untuk alas perut je before shopping..hehe..tgahari makan lain..huhu


sampai saat d nanti..shopping time..ana terpaksa offday arini untuk belajo keta semata-mata shopping..hehe..sekali sekala (eh, yeke?huhu)..mama terus menuju ke tempat baju budak-budak..nak beli kat si haris,anak ngasuh kata mama..yang papa plak,terus menuju ke bahagian lelaki..ana??ana fleksibel..sekejap ana kt bahagian lelaki tolong papa pilih n sekejap ana p bhagian child's tolong mama pilih..wktu time nak p bayar,cashirer tu ckap from 12-2, sume yg 50% jadi 70%..bleh plak papa mama x jadi bayar n sambung shopping..hahaha..akhirnya,habis gak shopping..beratus gak la abis td..huhu..tegan urat kaki ana..gatal lg pkai tumit tinggi..^_^..em de gak ana sembang dengan beberapa orang tadi..kebanyakan mereka shopping utk raya..sebab di bulan Ramadhan, tkut penat..


selepas itu,perkara tidak diduga..papa menghadiahkan ana oven..sebagai tanda sokongannya untuk minat yang kian bercambah dalam diri..tak perlu la pinjam oven jiran dah pasni..huhu..alhamdulillah,thanks papa..love u so much..


masih tidak kenal erti penat, papa mengajak untuk singgah di tesco plak..membeli brang dapur n of course la barang-barang untuk ana membuat biskut..huhu..alhamdulillah sekali lagi, ana jupe 2helai tudung untuk pakai raya nnt..punya lah susah nk cri tudung instant yg cntik saiz L-XL..pereka tudung instant ni pkir,orang yang pakai tudung saiz besar ni xnak bergaya ke..ni saiz M je yang fesyen2..huh!!..


apa2pun..salam ramadhan..shopping-shopping gak utk raya ni..tp jgn membazir dan ingatlah pada mereka yang tidak mampu utk membeli baju baru pun..dan mungkin baju raya mereka bertahun-tahun tidak berganti..
wallahuallamm..





:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - ramadhan belum tiba,bahang syawal sudah terasa??^_^

July 23, 2011

hikmah,musibah atau khianat??-part 2

Subhanallah, keciknya dunia..tak sangka rupa-rupanya lelaki yang menegurku tu adalah Anuar, kawan sekolah rendah dulu..teman sekelas, teman belajar bersama, teman berbasikal dan teman sepermainan..almost 10 years we were separated, lost contact..alhamdulillah, dapat berjumpa lagi..
Pelik gak aku,mcmne la dia leh kenal aku sedangkan aku ni leh dikatakan almost totally different like before..(yela, 10 tahun mestilah berubah..cover2..huhu)
                “Macamne hg leh knal aku erk?10 tahun tu,xkan hg leh ingat lg muka aku kot”
Dia tersenyum, “aku pun x sangka ni hg..aku sje nk try je..sixth sense aku mengatakan yg ni hg..and I’ll never forget ni”..sambil jari telunjuknya tunjuk kea rah kening aku.. “your eyebrow’s beauty always in my mind.” Bibirnya masih terukir senyuman..senyuman yang pada ketika dahulu di sekolah menjadi igauan gadis-gadis sebayaku kecuali aku..tapi siapa sangka yang Anuar akan jadi kawan karibku..agak-agaknya masih adakah gadis yang akan cair dengan senyuman Anuar ni ye sekarang..emm mungkin..aku turut tersenyum ke arahnya.. (yang pasti aku tidak akan cair!!)..
Hampir 2 jam kami bersembang, bertukar-tukar cerita and also we change our phone number..tak mahu lost contact lagi katanya..aku hanya menuruti,apa salahnya,kawan lama kan..
Terlintas di fikiran aku untuk bertanyakan tentang seseorang..someone yang aku cari selama ni..someone yang aku sentiasa tunggu untuk dia hadir kembali..someone yang begitu istimewa..
“Anuar, do you still remember a boy wktu kita darjah 2 dan 3..ala, yang salu cari gaduh ngan aku tu..yang suka suki je pnggil aku shasha..rsenyer time tu dia seorang je pnggil aku ngan nama tu” aku memandang tepat ke wajah Anuar..aku mengharapkan jawapan positif darinya..
“Aku ingat hang dah lupa psal dia” Anuar ketawa. “emm dia ada je..hidup lagi,sihat walafiat..dulu pas dia pindah, dia ada cari hang, tp hang xde kt umah..frust gler dia time tu..yg hg ni pun satu..xde wktu lain ke hg nk balik kampong..asal dia datang je,msti hang balik kampong..asal hang balik kampong,mesti dia datang”.
Aku mengeluh pelan..
“sha, hg nk tau x..dia still cari hang..dia still tunggu hang..” aku mengangkat kepalaku memandang kea rah Anuar..mencari kepastian dan kejujuran dari kata-katanya tadi..dia still tunggu aku??bia betul??
“awat??hang x percaya ke??..aku salu gak contact dia..kadang-kadang kami hang out sama-sama..ingat lagi x adik perempuan dia..cun wo sekarang..” anuar tersengih-sengih..aku menjuihkan bibir..gatal!!.. “em dia skang ni makin handsome tau..macam aku la..hang nk nombor dia x??cepat salin nombor ni..mesti dia happy dapat jumpa hang..” anuar memberi handphonenya ke arahku.. aku tak menyambutnya..berkerut dahi Anuar..mungkin dia pelik dengan reaksiku ketika itu..tidak gembirakah aku dengan berita ni?
Aku memandang kosong kea rah handphone Anuar..tertera nama dia di skrin..aku berfikir sejenak..otakku ligat memikirkan pro and kontra tindakan yang bakal kuambil..rindu,memang aku rindu kat dia..dah lama aku cari..memang aku teringin nak jumpa dia..tapi..
“xpela nuar, aku dapat tahu dia sihat pun aku bersyukur sangat-sangat..hang simpanlah nombor dia baik-baik..insyaAllah, bila masanya tiba aku akan mintak nombor dia dari hang..Cuma aku mintak tolong kt hang,jgn bg nombor aku kt dia..just gtau kat dia, dalam tempoh 13 tahun terpisah ni,aku tak pernah rase dia jauh dari aku..sentiasa dekat di hati..tapi, sejarah lama tidak dapat berulang kembali.” aku tersenyum. Yup, aku yakin ni keputusan terbaikku..
“why dear? Dia tunggu hg tau..not even once he try to find another girl though he able to do that..hold on..” Anuar mengerling ke cincin belah rotan yang tersarung di jari manisku. “you engaged dear?when?who is that lucky guy?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari bibir Anuar..
“I will engage but not yet..cincin ni sebagai tanda je, sebagai peringatan untuk hati aku..when?i’m not sure..who?someone yang akan aku gtau nnt..but not now.” Aku melemparkan senyuman manis..senyuman yang aku rasa lain dari yang lain..
Anuar mengangkat kening kanannya.. “Are you truly happy sha? Nape aku rase macam senyuman hang tu plastik?my cute little buddy, u can share it with me..6 tahun aku kenal hang tau..aku leh kenal senyuman plastik and tak plastik hang”
Aku terdiam..patutkah aku menceritakan segala-galanya kat Anuar..Anuar memang sahabat karibku..tapi itu tak bermakna aku perlu membuka pekung  di dada mengenai seseorang yang aku sayang..menceritakan memberi erti aku akan membuka aib seseorang..dan mungkin aku akan menyuarakan ketidakpuasan hatiku..tiba-tiba teringat kata-kata sahabat ‘kalau kita buka aib seseorang, di akhirat kelak Allah akan buka aib kita dihadapan semua orang’..nauzubillah..

-to be continued-


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - hikmah,musibah atau khianat??-part 2

ukhti,hapuslah air matamu..

bismillahirrahmanirrahim..


Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah sebahagian dari sketsa hidup di dunia. Tetesan air mata yang bermuara dari hati dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan, hingga membuat keresahan dan kebimbangan. Kedukaan karena kerinduan yang teramat sangat dalam menyebabkan kepedihan yang menyesakkan rongga dada. Jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta isinya, bertanya, dimanakah pasangan jiwa berada. Lalu, hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagaikan anak kecil yang hilang dari ibunya di tengah keramaian.


Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah? Semua itu hadir tanpa disadari sebelumnya, hingga tanpa sadar telah menjadi bagian hidup yang tak terpisahkan. 


Letih...

Sungguh amat letih jiwa dan raga. Sendiri mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa, tanpa tahu adakah belahan jiwa yang menunggu di sana.


Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada Sang Pemilik Cinta. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri, duhai ukhti. Taqarrub-lah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kembalikan segala urusan hanya kepada-Nya, bukankah hanya Ia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya curahkanlah kepada Sang Pemilik Hati. Tak usah membandingkan diri ini dengan wanita lain, karena Allah Subhanahu wa Ta'ala pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meski ia tidak menyadarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam karena tak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah karena air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan baik kepada Sang Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi putaran waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tausyiah-lah selalu hati dengan tarbiyah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam kesendirian.Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari kemana. Karena sejak ruh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu pun telah dituliskan-Nya.Sabarlah ukhti sholehah...

Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai bagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahasia di balik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga, kelak akan engkau rasakan tak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri
.



:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - ukhti,hapuslah air matamu..

July 22, 2011

hikmah,musibah atau khianat??-part 1

Aku merenung luar melalui cermin kaca di sebelahku..sengaja aku memilih duduk di situ..untuk melihat permandangan..dari situ,aku dapat nampak dua permandangan..dalam dan luar..two in one..hari yang sungguh indah..langit yang membiru..sekawan burung berterbangan riang..aku menyedut air milo ais sambil melihat gelagat manusia di sekelilingku yang bermacam ragam..ada yang bersantai-santai, ada yang tergopoh-gapah (nak ke mana tu cik kak n cik abg?^_^)..ada yang berjalan berdua-duaan dengan pasangan (mungkin dah bernikah kot yang berlainan jantina tu..husnuzhon..huhu), ada seorang laki memimpin tangan isteri yang sedang sarat mengandung (mesti nk p beli baju baby la tu..sweetnyer)..mata aku terhenti di hadapan kedai toy’s play, ada tiga orang kanak-kanak tengah bercakap-cakap sesame mereka,kemudian ketawa; aku rasa dalam lingkungan 2-4 tahun..emm mungkin mereka tengah bincang tentang alat-alat permainan dalam kedai tu kot..ke mana la ibu bapa kanak2 tu?..d sbbkan inilah terjadinya banyak kes penculikan..shopping punya pasal,ibu bapa lupa pasal anak sendiri..dah hilang baru menyesal..suami salahkan isteri,isteri salahkan suami..ish,apa la yang aku bebelkan ni, kataku dalam hati..aku tersenyum sendiri..

Dan aku, masih di sini, di kerusi n meja yang sama..tangan kiri masih ligat menulis sambil mata melihat ragam manusia..hatiku terhibur..em mungkin de seseorang yang seperti aku,duduk sambil memerhati gelagat manusia n mungkin aku salah seorang yang diperhatikannya..mungkin..mungkin..aku memandang sekeliling..mane la tau kan..(perasan lak aku ni, sape la yg nak tengok aku..huhu)..aku tersenyum lagi..kalau btul ada orang yang sedang memerhatikanku saat ini,pasti dia tafsirkan aku gila..tersenyum sorang-sorang..
Aku mengerling jam d pergelangan tanganku..emm masih awal..baru pukul 11pagi..tak sampai sejam aku melabuhkan punggungku d sini..aku menggigit hujung pen sambil memerhati telatah tiga orang kanak-kanak tadi..mereka masih tak berganjak n masih melakukan perkara yg sama..cakap dan ketawa..(nak je aku p join dorang..huhu)
tiba-tiba…..

                “Sha..” satu suara garau menegurku..

mungkin kerana terleka dengan kanak-kanak tu,aku terkejut dan hampir tersembur air milo yang aku tengah sedut..aku memandang gerangan yang menegurku..(eh,mcm kenal la laki ni..tp d mana ye)..dia meminta izin untuk duduk d hadapanku..sebelum aku memberikan kata putus,dia terus duduk..(ceh,xmalu tol la dia ni..baik xpyah minta izin)..aku menyuruhnya tunggu sebentar..aku ingin menghabiskan ayat terakhirku..emm pembacaku yang setia..tunggu sebentar ye..sat lg aku sambung balik..

-to be continued-


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - hikmah,musibah atau khianat??-part 1

July 16, 2011

bila masa mula berkata-kata..

bismillahirrahmanirrahim..


Begitu banyak perkara yg ana temui..tidak tahu sama ada ini hikmah atau ujian..emm tp ana yakin..bila sampai masanya,saat utk berfikir pasti akan tiba..saat d mana ana tidak perlu memandang ke belakang..tidak perlu mndengar pe org len mahu kutuk,cela..tidak perlu menanti pada perkara yang tidak pasti..tidak perlu mengharap pada yang x sudi..tidak perlu berada bersama mereka yang tidak menghargai diri..kalau kita tak melangkah,sampai bila kita tak tahu yang kita boleh berlari..insyaALLAH..^_^







:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - bila masa mula berkata-kata..

test drive..hancus!!..huhu

bismillahirrahmanirrahim..


salam sahabat2 sume..nk tau x pe aktiviti ana arini..agak menarik..huhu..dan agak mendebarkan..apa dia yer??saspens x??^_^..


 ni wktu pg..kul 8.30 kna msuk dlm kelas ni..dgr cramah teori slama 3jam bg sesape yg lepas ujian komputer je..yg xlepas lg,xleh msuk kelas ni..kelas ni best,cikgunyer kelako n enjoy..kesimpulannye,snang faham la..yela,cikgu ajar teori je..soh msuk ni,tekan tu,tekan ni..mmg la snang..tp wktu nk buat tu,xtau la jd mcmne..hehe..


 sebelum nak mula latihan amali tu..cikgu fadzli menerangkan tentang komponen2 dalam kereta..mane 1brek,klac n sume la..cikgu ajar gak mcmne nk naik bukit, 3penjuru n nk parking..em yg ana leh wat wktu ni,angguk2 je la tnda memahami..eh clap,bajet memahami..huhu..^_^


pahtu,saat yg dinanti telah tiba..cikgu soh ana bwak plak..aduh,menggigil ana..bkn xprnh bwak..papa prnah gak ajar dlu..tp wktu ana skolah menengah..dh lupa da kot..huhu..lgpn kete len,kete papa power stereing,kete kncil ni power root stereng <----cikgu ana cakap..hehe..


dgn lafaz bismillah..ana mulakan permanduan..wah,mcm bngga je..sbb smooth je kete yg ana pndu ni..hehe..yela,jln lurus,mmg la senang..^_^..pahtu cikgu soh masuk kt 3 penjuru..dup dap dup dap..


 ana pn wat la 3 penjuru..aduh leh plak enjin ni mati wktu penjuru pertama..mula la gelabah..hehe..slah ana gak..sape soh lepas klac tu laju sgt..pdn muka..huhu..pahtu ana teruskan la ke pnjuru kedua n keluar..pahtu ada situasi yg menarik lg..wktu nk parking seperti dlm gmbr ni..ana terlanggar palang tu..smpai jatuh palang tu..haha..leh plak ana gelak wktu tu sdgkn ana salah..tp nk wat mcmne,dh nk tergelak..kelako..besela,first time..excited lebih ckit..^_^


 hah, wktu naik bukit ni pn best gak..kn kna berhenti kt lndasan kuning tu kn..tayar kna btul2 msuk dlm 
tu..tp ana xsmpai pn..hehe..cpat sgt tekan klac n brek..nsib bek cikgu x mrah..cuma cikgu ckap, "awk kna cepat respon pe yg sy ckap..klu sy soh brek,bru brek..jgn smpai sy ckap 2x"..aduh,kn dh kna sound..maaf cikgu..terlmpau fokus smpai xdgr arahan..huhu..wktu ni gak,enjin ana mati..nsib bek x undur blakang..klu x,lg malu..hehe..


emm tu je nk citer...semoga segalanya berjalan lncar..Amiiinn...


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - test drive..hancus!!..huhu

khas untuk yang menyayangiku..^_^



Ambil lah hati ini... Nah, ambil la benda ni. Apa ni? Ini adalah hati. Hati aku. Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku? Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan. Terima kasih.... ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.

Oh ye ke... tapi maaf. Untuk apa? Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian saja... Maksud kau? Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga. Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri. Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.

Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri. Mistik? Kelakar bunyinya... Mungkin kelakar.

Tapi itu realitinya. Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau. Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersia-siakannya , hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yang percuma.

Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa. Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau. Aku insan terpilih? Ya, kau yang terpilih.

Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.

Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik!

Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu. Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika... sehingga hatinya pulih seperti sediakala.

Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.

Terima kasih kerana menyayangi aku...



credit:blog hasbullah noh


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - khas untuk yang menyayangiku..^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...