July 22, 2011

hikmah,musibah atau khianat??-part 1

Aku merenung luar melalui cermin kaca di sebelahku..sengaja aku memilih duduk di situ..untuk melihat permandangan..dari situ,aku dapat nampak dua permandangan..dalam dan luar..two in one..hari yang sungguh indah..langit yang membiru..sekawan burung berterbangan riang..aku menyedut air milo ais sambil melihat gelagat manusia di sekelilingku yang bermacam ragam..ada yang bersantai-santai, ada yang tergopoh-gapah (nak ke mana tu cik kak n cik abg?^_^)..ada yang berjalan berdua-duaan dengan pasangan (mungkin dah bernikah kot yang berlainan jantina tu..husnuzhon..huhu), ada seorang laki memimpin tangan isteri yang sedang sarat mengandung (mesti nk p beli baju baby la tu..sweetnyer)..mata aku terhenti di hadapan kedai toy’s play, ada tiga orang kanak-kanak tengah bercakap-cakap sesame mereka,kemudian ketawa; aku rasa dalam lingkungan 2-4 tahun..emm mungkin mereka tengah bincang tentang alat-alat permainan dalam kedai tu kot..ke mana la ibu bapa kanak2 tu?..d sbbkan inilah terjadinya banyak kes penculikan..shopping punya pasal,ibu bapa lupa pasal anak sendiri..dah hilang baru menyesal..suami salahkan isteri,isteri salahkan suami..ish,apa la yang aku bebelkan ni, kataku dalam hati..aku tersenyum sendiri..

Dan aku, masih di sini, di kerusi n meja yang sama..tangan kiri masih ligat menulis sambil mata melihat ragam manusia..hatiku terhibur..em mungkin de seseorang yang seperti aku,duduk sambil memerhati gelagat manusia n mungkin aku salah seorang yang diperhatikannya..mungkin..mungkin..aku memandang sekeliling..mane la tau kan..(perasan lak aku ni, sape la yg nak tengok aku..huhu)..aku tersenyum lagi..kalau btul ada orang yang sedang memerhatikanku saat ini,pasti dia tafsirkan aku gila..tersenyum sorang-sorang..
Aku mengerling jam d pergelangan tanganku..emm masih awal..baru pukul 11pagi..tak sampai sejam aku melabuhkan punggungku d sini..aku menggigit hujung pen sambil memerhati telatah tiga orang kanak-kanak tadi..mereka masih tak berganjak n masih melakukan perkara yg sama..cakap dan ketawa..(nak je aku p join dorang..huhu)
tiba-tiba…..

                “Sha..” satu suara garau menegurku..

mungkin kerana terleka dengan kanak-kanak tu,aku terkejut dan hampir tersembur air milo yang aku tengah sedut..aku memandang gerangan yang menegurku..(eh,mcm kenal la laki ni..tp d mana ye)..dia meminta izin untuk duduk d hadapanku..sebelum aku memberikan kata putus,dia terus duduk..(ceh,xmalu tol la dia ni..baik xpyah minta izin)..aku menyuruhnya tunggu sebentar..aku ingin menghabiskan ayat terakhirku..emm pembacaku yang setia..tunggu sebentar ye..sat lg aku sambung balik..

-to be continued-


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...