April 27, 2012

santai2 tengah hari...huhu..^_~

psst..pssst..korg sume msti de pakwe makwe kan..nk blajo x ayat pengasih..insyaAllah klu korg bce ni,psgn korg akn cair n trpikat la bila tgk korg..hah,bce kartun ni..ustaz dlm komik tu yg ajo,bkn ana..^_^


mode:
-berhibur tiada salahnya,kerna hiburan itu indah..hnya pabila slah memilihnya,membuat kita jd bersalah-
:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - santai2 tengah hari...huhu..^_~

realitinya yang tersirat...



segala yang telah diperintahkan oleh Allah, pasti ada kebaikan yang tersirat...


jika kalian mahu berbicara dengan Allah,dirikanlah solat...jika mahu Allah berbicara dengan kalian,bacalah kitabNYA Al-Qur'an...^_^


terngiang2 di telinga lagu Iwan Syahman 'Solatlah dulu'...lagu favourite ana skang..setiap kali 10minit selepas azan,akan berdendang la lagu ni kt fon ana..sebagai peringatan je kpd diri ana yg kdg2 leka dgn keja duniawi,tidak terpanggil untuk bertemuNYA sesudahnya azan..huhu..kalian pn bleh download lagu ni..cri je kt 4shared tu ataupn kt utube..huhu

"Tunggu sebentar solatlah dulu

Tunaikan cepat kewajibanmu

Sembahyang fardhu di awal waktu
Ikut sunnah Rasullillah"

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - realitinya yang tersirat...

April 26, 2012

it's about '3 hari'

bismillahirrahmanirrahim..

Hari Yang Pertama : Hari Kemarin (Pasti)

Anda tidak bisa mengubah apa pun yang terjadi.
Anda Tidak bisa menarik perkataan yang telah diucapkan.
Anda tak mungkin lagi menghapus kesalahan.
Atau anda tak mungkin lagi mengulangi kegembiraan.

Jadi biarkan saja hari kemarin lewat, lepaskan saja, ikhlaskan saja semuanya yang terjadi.

...............................................................................................................................................................

Yang Kedua : Hari Esok (future)

Hingga mentari esok hari terbit. anda tidak pernah tau apa yang akan terjadi.
Anda tak bisa melakukan apa2 untuk esok hari.
Anda mungkin ceria ataupun sedih di hari esok.
Esok hari belum tiba, biarkan saja.

...............................................................................................................................................................

Yang Tersisa hanya : hari ini (present)

Pintu masa lalu telah tertutup, pintu masa depan belum terbuka. Pusatkan saja diri anda untuk hari ini.

Anda dapat bekerja lebih banyak untuk hari ini, bila anda memaafkan hari kemarin dan melepaskan ketakutan akan hari esok. 
Kerana masa lalu dan masa depan hanyalah permainan pikiran yang rumit.

Hiduplah apa adanya, kerana yang ada hanya hari ini.
Perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa hormat meski mereka melakukan hal buruk pada anda.

Cintailah sseorang dengan sepenuh hati hari ini, kerana besok cerita mungkin berganti dan anda kehilangan kesempatan untuk itu.

...............................................................................................................................................................

em jangan biarkan masa lalu menghalangmu atau masa depan membuatmu bingung..lakukan yang terbaik selalu..dan selalu lakukan yang terbaik untuk hari ini..kerana hari ini kita punya kesempatan untuk melakukannya..peringatan untuk diri ana dan semua..insyaALLAH..wallahuallam..


~hasil perkongsian dari salah seorang ustaz di tempat praktikal..alhamdulillah..rezeki dpt wat praktikal di tempat yg mcmni..senang utk perolehi ilmu..^_^ ~

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - it's about '3 hari'

hidup membujang..^_^

bismillahirrahmanirrahim..




Islam tidak menggalakkan hidup mebujang, iaitu tidak mahu berkahwin dengan maksud untuk tekun beribadah, menjauhkan diri dari kesenangan dunia dan menghindarkan diri dari kewajipan menjaga anak.


Sabda Nabi Muhammad S.A.W. :-
Hidup membujang bukan sebahagian dari tuntutan Islam
(riwayat Al-Mazdawi)

Orang yang suka hidup membujang bererti tidak beramal dengan sunnah Rasulullah S.A.W., sebagaimana sabda baginda:-

"Aku sendiri berpuasa dan berbuka, sembahyang dan tidur, dan aku juga mengahwini perempuan. Sesiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka dia bukan dari kalangan aku".

"Barang siapa yang mampu untuk berumahtangga, maka hendaklah ia berkahwin, kerana yang demikian itu dapat memelihara mata dan menjaga kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu akan dapat menahan keinginan hawa nafsu".

siapa yang tidak mahu hidup bahagia...lazimnya,perkahwinan merupakan kemuncak kepada sesuatu perhubungan yang terjalin atas dasar percintaan. Antara matlamat dan falsafah perkahwinan ialah untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki....insyaALLAH..

jodoh,pertemuan dan perolehan zuriat merupakan takdir. Namun, kita diberi peluang untuk memilih dan berikhtiar oleh Allah S.W.T. bagi menentukan nasib masing-masing.

"Sabda Nabi Muhammad S.A.W. :- Wanita itu dinikahi kerana hartanya atau kecantikannya, keturunannya atau agamanya, maka hendaklah anda memilih yang memiliki agama yang kukuh, nescaya anda akan bernasib baik."
_____________________________________________________________________________

sedikit ilmu yang diperolehi drpd seminar 'Persediaan Awal Keluarga Yang Bahagia' anjuran Jabatan Agama Islam Perak..^_^..wallahuallam..


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - hidup membujang..^_^

April 25, 2012

kepada pemuda dan pemudi..

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah,arini ana de kesempatan utk post entry dlm blog ana ni..stlh sekian lma tidak di update..harap kalian yang sudi menjenguk ke blog ana yg tidak seberapa ni dpt serba sedikit ilmu yang ana share kn d cni..
td,slah sorg ustaz d tmpat ana prktikal ni memberikan sehelai kertas yang tertulis penuh di atasnya..di atas sekali tertulis 'kepada pemuda dan pemudi'..ianya merupakan pesanan Syeikh Ahmad Yassin (1938-2004)..ana de membuat research sedikit ttg beliau..yela,klu x knal,mka x cinta..tol x..sebelum nk bca penulisannya,kita mesti kenal dlu sape yg menulis..

Syeikh Ahmad Yassin merupakan salah seorang nama besar yang syahid ketika memperjuangkan palestin suatu ketika dahulu..beliau begitu giat dan gigih memperjuangkan Islam walaupun dikecam hebat..usahanya banyak memberikan impak kepada masyarakat umat Islam di Gaza ketika itu hinggalah sekarang..di sni ana nk sharekan satu artikel tentang pesanan Syeikh Ahmad Yassin kepada kita..semoga sedikit sebanyak pesanannya memberikan kesan dan dpt diamalkan,insyaAllah..

________________________________________________________________________________

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw. 
Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung. 

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda. Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat. 

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian. Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar. 

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH. 

____________________________________________________________________________________________

saling ingat mengingati amatlah digalakkan dalam Islam..wallahuallam..

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::

READ MORE - kepada pemuda dan pemudi..

April 05, 2012

dear my future husband....


biar gambar meluahkan rasa......

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - dear my future husband....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...