April 26, 2012

hidup membujang..^_^

bismillahirrahmanirrahim..




Islam tidak menggalakkan hidup mebujang, iaitu tidak mahu berkahwin dengan maksud untuk tekun beribadah, menjauhkan diri dari kesenangan dunia dan menghindarkan diri dari kewajipan menjaga anak.


Sabda Nabi Muhammad S.A.W. :-
Hidup membujang bukan sebahagian dari tuntutan Islam
(riwayat Al-Mazdawi)

Orang yang suka hidup membujang bererti tidak beramal dengan sunnah Rasulullah S.A.W., sebagaimana sabda baginda:-

"Aku sendiri berpuasa dan berbuka, sembahyang dan tidur, dan aku juga mengahwini perempuan. Sesiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka dia bukan dari kalangan aku".

"Barang siapa yang mampu untuk berumahtangga, maka hendaklah ia berkahwin, kerana yang demikian itu dapat memelihara mata dan menjaga kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu akan dapat menahan keinginan hawa nafsu".

siapa yang tidak mahu hidup bahagia...lazimnya,perkahwinan merupakan kemuncak kepada sesuatu perhubungan yang terjalin atas dasar percintaan. Antara matlamat dan falsafah perkahwinan ialah untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki....insyaALLAH..

jodoh,pertemuan dan perolehan zuriat merupakan takdir. Namun, kita diberi peluang untuk memilih dan berikhtiar oleh Allah S.W.T. bagi menentukan nasib masing-masing.

"Sabda Nabi Muhammad S.A.W. :- Wanita itu dinikahi kerana hartanya atau kecantikannya, keturunannya atau agamanya, maka hendaklah anda memilih yang memiliki agama yang kukuh, nescaya anda akan bernasib baik."
_____________________________________________________________________________

sedikit ilmu yang diperolehi drpd seminar 'Persediaan Awal Keluarga Yang Bahagia' anjuran Jabatan Agama Islam Perak..^_^..wallahuallam..


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...