February 26, 2012

redho+pasrah=rela




Verse 1
Sesaat Kau Datang……..

Sesaat Kau Hilang………
Kemunculan dirimu…..
Penuh misteri………..

Verse 2
Kau Mendekat…
Kau Menjauh….
Kau tinggalkan diriku…
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku……….

Verse 3
(Alif)
Its not that i dont love you
I just dont want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together

(Syarif)
I hate to be cold but i got to let you go

Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha….Ha…..Ha…Ha.…Ha…..Ha…

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Verse 4
(Alif and Syarif)
Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had 
Whats gone

Repeat Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat dijiwa..
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Verse 5
Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu……kepadamu


~semoga kau bahagia dgn perkahwinan kau..^_^~


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - redho+pasrah=rela

February 25, 2012

masihkah ada perkataan esok untuk kita???



Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba

Lagu : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Lirik : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit : Munif Ahmad
Muzik : Eddie Slam
Gitar : Eddie Marzuki
Vokal : Saujana
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn Bhd



thanks to : nur saadah bt rozali sbb cdgkn lagu ni utk ana dgr di kala ini..syukran..^_^

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - masihkah ada perkataan esok untuk kita???

February 24, 2012

ketika rasa tidak menjelma kata..

bismillahirrahmanirrahim...


apa yang ana rasa kini tidak dapat terluah dgn kata2 jua tulisan..tidak dapat ana untuk menggunakan tagline 'ketika rasa menjelma kata' ni..sbb ana tidak tahu bagaimana mahu bermula..

ana merindui...merindui sesuatu..
ana menyakiti..menyakiti sesuatu..
ana disakiti..disakiti sesuatu..
ana mahu..mahukan sesuatu..

tp ana sedari..
sesuatu itu masih belum sah jd milik ana..
sabar lah..
jika benar sesuatu itu milik ana..
ia tetap jadi milik ana..
ana redho melihat sesuatu itu jd milik orang lain buat masa ini..
kerana ianya bukannya milik ana lagi..

aduh,
bagaimana mahu rasa menjelma kata.....
dalam diam..(muhasabah)


*”Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri..” 
(Surah Al-Hadid: 22-23)*



:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - ketika rasa tidak menjelma kata..

February 23, 2012

blogger:da'i??..malulah wahai da'i....


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM


Malulah wahai da'i,
kata mata sering membaca quran,
tapi mengapa masih mata kau gunakan,
melihat wayang yang merosakkan,
membaca komik yang melalaikan?

Malulah wahai da'i,
kata telinga sering mendengar peringatan,
tapi mengapa masih telinga kau gunakan,
mendengar lagu yang hanya untuk keseronokan,
mendengar bersama fitnah dan umpatan?

Malulah wahai da'i,
kata kaki sering menapaki jalan perjuangan,
tapi mengapa masih kaki kau gunakan,
menuju tempat yang jelas melalaikan,
bahkan jarang ke masjid kau langkahkan?

Malulah wahai da'i,
kata tangan sering menulis kebaikan,
tapi mengapa masih tangan kau gunakan,
menekan capaian (link) yang merosakkan,
menaip di ruang sembang tiada batasan?

Malulah wahai da'i
kata hati ingin kau bersihkan,
tapi mengapa masih hati kau gunakan,
mengiyakan segala dosa kemaksiatan,
menyokong hasutan nafsu dan syaitan?

Sedarlah wahai da'i,
cukuplah pengkhianatan kita lakukan,
cukuplah menghampiri sifat kemunafikan,
walau ku tahu da'i bersifat kemanusiaan,
terkadang sering melakukan kesilapan,
tapi jangan jadikan itu alasan,
untuk berterusan mengulangi kesalahan,
namun jadikannya satu sumber kekuatan,
menanam azam untuk mengambil pengajaran,
ayuh da'i sejati perlu kita buktikan!

"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidaklah kamu berpikir?" 
[QS al-Baqarah, 44]

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"[QS ash-shaff, 61:2-3]



:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - blogger:da'i??..malulah wahai da'i....

February 22, 2012

dad..(kidding)..mum..


Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata, “Seorang lelaki pernah mendatangi Rasulullah, lalu dia berkata, ‘Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku perlakukan dengan baik?’ Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya (lagi), ‘Kemudian siapa lagi?’ Lelaki itu menjawab, ‘Bapakmu.’” 
(HR. Bukhari dan Muslim)

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. [QS. Al-Isra`: 23]


whatever it is..mum is always the first..
so pe tindakan anda????
show it now..
selagi hayat dikandung badan..

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - dad..(kidding)..mum..

February 18, 2012

DANBO yang comel..

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum semua..
apa khabar hari ini?harap2 semuanya sihat2 la ye..
hari ni ana happy sgt2..xtau nape..tapi hati ana ketawa,senang hati..
nak ketawa real2 sorg2,nmpk mcm x btul plak kn nnt..so dlm hati je la..
alhmdulillah..syukur nikmat.. 
-mode: tak sabar nak praktikal.huhu-

hah,mesti sume trtnya2 kn..pe post ana ni sbnarnya..DANBO yang comel???pe tu??DANBO tu pe erk??..hehe..
kwn2 nk tau..bleh2..meh cni ana nk cite..what is exactly DANBO??..pe2 pn mstila kite nk tau asal usul DANBO ni kn..x knal,maka x cinta..betul x??=)

DANBO actually is a little box man..it made from the box and designed to be look alike a man like us..it is started as a fictional cardboard robot and become popular around the world..

wah2,cakap omputeh plak ana ni kn..bajet terer la cakap omputeh..huhu..
ok2..ana translate..

ehem..ehem..sound check..sound check..

DANBO จริงคือคนกล่องเล็ก ๆ น้อย ๆ .. มันทำมาจากกล่องและออกแบบมาให้มีลักษณะเหมือนกันคนที่ชอบเรา .. มันจะเริ่มเป็นหุ่นยนต์กระดาษแข็งสมมติและกลายเป็นที่นิยมทั่วโลก ..

*wahaha..saje je nk test ana pnya google translate berkesan ke x..hehe..tu yg dok translate ke bhs thailand..ntah la nape..ana tringin nk blajo bhs thai ni..unik..^_^..

*em xperlu la ana translate kn bhs omputeh tu..sbb simple english je tu..ana yakin sume org bleh fhm..ala,shbt2 pembaca blog ana ni sume terer omputeh..kan..kan..kan..insyaALLAH..

ok..ok..berbalik pada DANBO..memang sgt2 comel DANBO ni sbnarnye.."it is possibly the cutest little guy that you will ever see in the world" sahabat ana cakap tu..bkn ana cakap..ana kenal DANBO ni pn melalui dia..selalu dia tnjuk kt ana koleksi2 DANBO yang dia de..smpaikn ana pn jatuh ati kt DANBO..(em tu la ana,cepat sangat jatuh ati..parah2..huhu)..
*tapi berbaloi gak jatuh hati kt benda yang secomel ni..drpd jatuh ati kt manusia..tteeettttttt...cut2..huhu

ana de masukkn sedikit koleksi DANBO ana ni dlm page facebook ana.. hidayah itu milik Allah .. <--klik la ye..huhu..sempat lagi promote page sendiri..maaf..=)..

so d cni ana nk share gambar2 danbo yang ana letak dlm page tu.. saksikanlah..showing time..;-)

sediakan payung sebelum hujan..sediakan bekalan sebelum kematian..^_^


tolong cucikan hati saya dengan zikrullah..
terdidik wanita..terdidik generasi..insyaALLAH
cerminlah diri anda terlebih dahulu..muhasabah diri
aku melepaskanmu kerana ALLAH..kalau ada jodoh,tidak kemana..insyaALLAH

segarkan imanmu..
 
mencari..mencari..dan terus mencari..
no couple before akad..

emm..tu la sbhgian drpd DANBO2 yg ana letak dlm page tu..dlm koleksi ana,de byk..tp nnt la..insyaALLAH..klu de masa ana akan upload..^_^

wallahuallam..


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - DANBO yang comel..

February 17, 2012

PERNANTIAN -----> KEMANISAN

bismillahirrahmanirrahim..


PERNANTIAN..
selalunya pernantian ni dikatakan satu penyeksaan..menanti pada bnda yang tak pasti memang menyeksakan dan menyesakkn..tapi..hah,de tapi tau..huhu..macamne kte nk jdikan satu pernantian tu manis je..xde seksa2 pn..xde sedih2..kte sentiasa hepi je..mcmne??


Ingat, Allah telah berfirman dalam QS An Nur [24] : 26 
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…”.

Dalam masa penantian hendaknya kita semakin mendekatkan diri kepada Allah Swt..Dan semoga Allah akan mengurniakan rahmatNya kepada kita iaitu kesabaran, keikhlasan dan rasa syukur. seterusnya, berserah lah kepada ALLAH..kerana rezeki, maut, termasuk jodoh manusia sudah diatur oleh Allah, dan Dia maha mengetahui yang terbaik bagi hambaNya, yang bisa kita lakukan adalah berikhtiar dan berdoa, kemudian bertawakal kepadaNya. Karena itu janganlah kita pernah su’udzon (berburuk sangka) terhadap Allah Swt, karena dibalik ketentuan Allah pasti ada hikmahNya. di samping itu, bekalkan diri dengan ilmu, khususnya ilmu agama, terutama yang berkaitan dengan rumahtangga, ilmu untuk mendidik zuriat dan sebagainya..insyaALLAH..pernantian itu terasa begitu bermakna..

tiba-tiba hati ana ingin mengalunkan serangkap lirik yang ana jadikan ianya sebagai lagu..huhu

Allah tidak izinkan aku bercinta,
kerana cintaku padaNYA masih tidak seberapa,
saat ku menyerahkan sepenuh cintaku padaNYA,
barulah diriku dikirimkan olehNYA sebuah cinta,
dari insan yang juga mencintaiNYA sepenuhnya,
aku menanti saat itu,
saat ALLAH izinkan aku bercinta..

::--> LAFAZ YANG TERSIMPAN UNTUK DIA YANG ALLAH IZINKAN ANA BERCINTA <--::

sahabat2 ana sekalian..
biarkan saje sesuatu itu indah pada waktunya..jangan kita paksa2..kerana keindahan yang diperolehi tidak akan bertahan lama jika kita memaksanya..wallahuallam..


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - PERNANTIAN -----> KEMANISAN

February 16, 2012

A note to say.....

bismillahirrahmanirrahim..


sejak semalam hinggalah ke harini, ana tgk facebook home ana penuh dgn status ucapan kesyukuran di atas result yg diperolehi..sahabat2 sperjuangan juga berjaya dengan successnya..alhmdulillah..tahniah..ana tumpang gembira..ini hasil usaha kita study sama2..syukur ke hadratNYA..



A : 4.00 = alhamdulillah, syukur, dahsyat ahh

A- : 3.75 = hebatnyerrr, aduihh, sikit ag nk dapat A

B+ : 3.50 = not bad,..

B : 3.00 = boley laaa.., xper2, 3.00 ag nie..

B- : 2.75 = alaaaaa, sayangnyerrr
... ... C+ : 2.50 = kna usaha lebih nie..
C : 2.00 = lagi-lagi kena usaha
C- : 1.75 = tang mana slack nie..?? aduhai..
D+ : 1.50 = blurrrrr.. xbleh main2 dah pas nie..fokus2
D : 1.00 = alamak, kena repeat paper.. jadikan sbg pengajaran
D- : 0.75 = jgn putus asa, cuba lagi..
F : 0.00 = study ker idok nie??..maybe ada poblem yg melanda tyme exam, sakit perut, demam panas..





seperti senarai result yg ana catatkn di atas..pasti de yg memperolehinya..tp satu je ana nk pesan..walau apa pun keputusan yg diperolehi, hadapi dgn positif..jika cemerlang,truskn kecemerlangan anda..jika tidak memuaskn,tingkatkn lg usaha dan berdoa pd ALLAH..pndanglah ke hadapan..perjalanan anda msih jauh..jatuh bangun ketika ini adalah perkara biasa..
ketahuilah............,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11





suka ana untuk memetik kata2 sorg sahabat.. 
"success is a journey, not a destination".. 
kejayaan itu satu perjalanan,bukan satu destinasi..
 "kejayaan milik sesiapa yang berusaha"..



di sini,ana nk ambil kesempatan untuk mengucapkn ribuan terima kasih kepada sahabat2 serumah..walaupn ramai,tp ana tetap nak sebut nama dorg..nama manja.. credit to: bella, kiki, piah, hani, kak lia, kak zu, rean, yati, piqah, kak fiza, nurul, n jiha..without ur courages, mybe i'm still can't get what i got now..mybe diriku tidak mampu memperoleh keputusan secemerlang begini..tima kaseh bcoz sudi mmbntu insan yg lemah mcm driku ni..thanks a lot..hanya ALLAH yang mmpu mmblas jasa kalian..tgk la slip keputusan peperiksaan kalian,dan inilah hasil usaha kita bersama..alhmdulillah..^_^..dan kepada mereka2 yg zahir atau tidak zahir,yg hadir scr langsung atau tidak lngsung dlm mmberikan moral support,mmbri kaunselor jiwa, memberi perhatian dan kasih sayang sehingga diri ini mempunyai kekuatan,juga ana ucapkan trima kasih..



“Ya Allah, aku menyerahkan diri kpd-Mu dan aku menyerahkan urusanku kpd-Mu dan aku menyerahkan kekuatanku kpd-Mu kerana takut dan cinta pada-Mu. Tidak ada tempat berlindung , tidak ada tempat untuk lari daripada-Mu melainkan kpd-Mu. Aku percaya kpd kitab y Engkau turunkan kpd Nabi y Engkau utuskan.” 
(hadis riwayat Bukhari)




wallahuallam..
:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - A note to say.....

February 15, 2012

luahan jiwa seorang wanita..^_^


bismillahirrahmanirrahim..

Aku ingin sekali menatap wajahmu tapi belum halal bagiku..

aku ingin sekali mencium keningmu tapi belum halal bagiku..
aku ingin sekali memelukmu tapi belum halal bagiku..
aku ingin sekali menghabiskan waktu berdua dengan mu tapi belum halal bagiku..
aku ingin berbagi keluh kesahku dengan mu tetapi belum halal bagi ku..

aku ingin menjauh darimu tapi itu tak sanggup aku lakukan..
aku hanya ingin mejaga kesucian cinta ini sebelum datang saatnya..
aku ingin tidak menyentuhmu selama ta'aruf ini karena menjaga kesucian seorang wanita....

maukah kau berjanji tuk menjaga kesucian cinta kita ini..
emm aku tunggu kau menjadi halalku...

Untukmu calon imamku yg akan bertahta di hati,seseorang yang sangat ku cintai didalam hidupku,tetapi mungkinkah dia akan datang didalam kehidupan yang nyata ini,aku takut jika sesuatu terjadi padanya...semoga keselamatan dalam dirinya selalu ada...Aamin ya Rabbal'alamin…begitu pula dengan dirimu ku selalu merindukanmu karena Allah

kepada dia..selalu dihati..

wallahuallam..


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - luahan jiwa seorang wanita..^_^

February 10, 2012

wanita..siapa mereka??

bismillahirrahmanirrahimm..

di sini ana de kumpulkan beberapa hadis tentang wanita..siapakah mereka mengikut pandangan Islam..kaum adam di luar sana..jika kalian merungut dan mengeluh kerana tidak dapat memahami pasangan anda masing2..rujuk lah Al-Qur'an dan As-Sunnah..kerana Islam begitu mengagungkan dan mengangkat darjat yang tinggi tentang kaum wanita..semoga dengan ini,kita dpt mengenali kaum wanita dgn lebih dkat melalui cara yg btul dan diredhainya..insyaALLAH..

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan



3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.



4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.



6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.



7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.



9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).



10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.



11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.



12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".



13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.



14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.



15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.



16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.



17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.



18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.



19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."




:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - wanita..siapa mereka??

antara perempuan dan muslimah???


bismillahirrahmanirrahim..
Perempuan
Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya
Apapila teruna mendekati selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah

Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya

Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan langkah

Muslimah
Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak panah syaitan
Apabila teruna mendekati selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah

Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis

Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak mudah dicemari…

~muhasabah diri kita wahai kaum hawa,kita berada di belah mana..perempuan atau muslimah??~

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - antara perempuan dan muslimah???

February 09, 2012

Islam itu amat menyenangkan umatnya..



:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - Islam itu amat menyenangkan umatnya..

suatu ketika dahulu..

bismillahirrahmanirrahim..


pernah suatu ketika dahulu, ana bertanya dengan sorg ukhti ni...


''Ukhti, jika kita nak kahwin, macam mana kita nak tahu peribadi si dia, seandainya kita tak berkawan dulu?'' 


ukhti  tersenyum lalu menjawab,

"Ermm.. tentu susahkan nak tahu peribadi sorang lelaki, lebih-lebih lagi, bagi kita yang menjaga ikhtilat..tapi, ana ingin berkongsi, cara nak tahu peribadi si dia..
Lihatlah bagaimana ia menawarkarkan cintanya pada kita.. Jika ia menawarkan cintanya dengan berkenalan,couple,jumpa, dating, sms, fb, call.. tentunya cinta itu terlalu rapuh.
Tapi, jika ia menawarkan cintanya dengan meminta pertolongan orang tengah yang dipercayai peribadinya. InsyaAllah, inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.
Lebih yakin lagi, jika si dia meminta (dari orang yang dipercayai peribadinya) agar dicarikan untuknya. Subhanallah! Di sini tergambar keindahan tawakalnya pada Allah dalam memilih calon isterinya. Tentu isterinya juga solehah kan.."
sama-sama kita muhasabah.


::baitul muslim::

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - suatu ketika dahulu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...