August 26, 2011

ikhlas dari diari mujahidah solehah


specially to: 
papa,mama, yop, abg haiz, abg shak, mia, kak faizah, saadah rozali, kak asrar, syed, nursyahida, syahidatul, abg naz, akh syazim n sume la..^_^..rase mcm nk je tulis sume..

emm tulis je la lg takat yang termampu..nnt de yg trase plak kn..hehe..ja'a, nabila hj miskan, muazzah roalli, naimah napri, jaja nur fauziah, zulaikha osman, syaima', kak ain, hanani..aduh, ramai lg ni..huhu

semua student BCAR USIM batch 1/present, semua ex-student SARJANA form 5/06, semua ex-student tamhidi syariah and law 2007-2008, semua ex SK lubuk Kawah lenggong 1996-2002..semua kwn2 blog, kwn2 FB, kwn2 YM..hah,kn senang mcm ni kn..kita kumpulkan sekali..hehe..

x dilupakan pengunjung2 blog diari mujahidah solehah ini..semoga kalian sentiasa berada d bwah perlindungan Allah,insyaAllah..

selamat hari raya, maaf zahir dan batin..^_^

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - ikhlas dari diari mujahidah solehah

'beri' better than 'pinta','terima' better than 'beri'

bismillahirrahmanirrahim..


emm sedar tak sedar kita sudah semakin meninggalkan ramadhan yang mulia..tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut hari raya..:-)..di hari raya mcm2 cerita ada..suka,duka,gembira,hepi,sedih dan ada juga yang x rase apa-apa,hari raya bagaikan hari yang biasa2 aje..


emm entry post ana kali ni,sje wat gempak mcmtu..agak memeningkan pn de gak kn ckit2..huhu..actually its more on memberi dan menerima..besela hari raya,kita bermaaf-maafan antara satu sama lain..ayat yang salu didengar d pg raya slepas solat raya.."selamat hari raya,mintak maaf zahir dan batin"..bese kn dgr ayat tu..comfirm la..ala,dlm kad2 rya pn tulis maaf zahir dan batin..^_^..

bila sebut memberi dan menerima di hari raya,more kpd orang yang memberi kemaafan dan menerima kemaafan dengan hati yang ikhlas..kalau meminta dan memberi..meminta kemaafan seseorang maka orang yang akan memberi kemaafan sukar ditafsir keikhlasannya..ntah2 50-50 je..stakat terima je huluran salam tu tp hati x ikhlas,x guna gak kan..wallahuallam..huhu..kita nak kemaafan dari seseorang,so kita kna la memberi kemaafan dengan ikhlas..thats why 'beri' better than 'pinta','terima' better than 'beri'..eh tiba2 plak de kna mengena dengan tjuk entry..hehe..:-)

ehh2 pe tu erk??hehe..kalau tanya kt budak2,surely la mereka akan xcited menjawab "duit raya"..ala,toksah ckap dorg la..ana yg dh berumur 22 thn ni pn msih lg suka dgn "duit raya" bila tiba hari raya..mmg ratus gak la ana dpt sblm2 ni..tp thn ni,mcm akan dpt ckit je..huhu..


em bkn psal dri ana yg dpt duit rya yg ana nk kongsi..in the same point..memberi dan menerima..budak2,apa la mereka tahu pasal keikhlasan..yg mereka tau,dtg umah g braya utk minta duit rya..mesti korg prnh tgk kn,budak2 yg dtg braya umah korg..dorg bkn nk mkn sgt pn..kdg2 dorg dtg minum segelas je..pahtu mula la berbisik2,mnyuruh 'mastermind' antra mereka tu untuk minta izin nk balik..so bila nk balik tu,fhm2 je la..besela,org mlayu ni kn suka berkias2..kdg2,salam tgn lama sgt selagi duit x d hulurkan..(eh2,mcm cerita pengalaman sendiri je ni..hehe)..apa la mkna rya bg dorg tnpa duit rya..^_^


kita yang tua2 ni (tua ke ana ni??emm bleh la..^_~) knala menerima kedatangan mereka dengan ikhlas dan memberi duit rya dengan ikhlas,semampunya dari kita..bila kita beri dengan ikhlas,yg menerima psti kembang and gembira..di situlah hadirnya kemesraan dan brtmbah erat la silaturrahim..ditambah plak doa yg baik2 dri penerima,bknkah kita akn dpt manfaatnya yg bernilai, insyaAllah..


d cni,dengan penuh keikhlasan insyaAllah,ana dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepd anda semua dgn blog ana ni..dan ana harap korg sume terima la dengan ikhlas gak..brula kita leh idup hepi dan tenang..saling memberi dan menerima dengan ikhlas..subhanallah..^_^..


sebelum terlambat..



wallahuallam..


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - 'beri' better than 'pinta','terima' better than 'beri'

August 24, 2011

subhanallah..Allahuakbar




apa yang akan berlaku kalau perkara ini berlaku d malaysia yer??
tp mungkinkah perkara ni berlaku??
^_^..
emm x mustahil,insyaAllah..kita doakan je la..
Amiin..


wallahuallam..
:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - subhanallah..Allahuakbar

August 23, 2011

nak wat kuih raya??bca ni dlu ye..


Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka. 

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru. 

TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara 'marjerin' (Margerine) dan 'mentega' (Butter)? Bacalah sehingga ke akhirnya.Anda tentu tertarik! 


Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!


Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun. Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan. Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . 


INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK! 
Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK.


Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan). 


Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:- 
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh.


Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut: 
*Tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda) *Ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya.


Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

BAGUSLAH KALAU DAH TAHU..Sebar-sebarkan kepada yang belum tahu supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.


wallahuallam


credit to: karya x


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - nak wat kuih raya??bca ni dlu ye..

rupa kiamat:bacalah sahabatku..



bismillahirrahmanirrahim..
gmbaran kiamat..subhanallah..
-gambar hiasan-
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


taken from: mamat ramli



:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - rupa kiamat:bacalah sahabatku..

August 22, 2011

fliers diedarkan.. alhamdulillah..^_^


bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah fliers ni akan mula diedarkan..kn raya lg 8 hari..huhu..
mudah-mudahan murah rezeki lemang tahun ni..insyaAllah ^_^

------------------------------------------------------------------------------------------
LEMANG KUKUS iSWA MZ

Juga ada dijual di Perhentian R&R Sg. Perak dan Bukit Merah….

HARGA:
1 Batang Lemang : RM 10—RM 14*
500 gm Rendang tok : RM 20

* bergantung pada saiz buluh

sebarang tempahan sila hubungi:

EN. MIOR : 019*******
CIK FISHA: 019*******

3*,persiaran iskandar perdana *,
Seksyen 2,32***, bota.

Sewaktu membuat tempahan, sila nyatakan:
· Nama
· Alamat

TEMPAHAN BOLEH DIBUAT MULAI SEKARANG HINGGA 29 OGOS 2011..

-PENGHANTARAN AKAN DIADAKAN KE RUMAH ANDA SEHARI SEBELUM RAYA-

-------------------------------------------------------------------------------

upah anak jiran utk ltak fliers ni kt dalam peti surat setiap rumah..huhu..upahnya adalah bunga api..^_^

wallahuallam..


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - fliers diedarkan.. alhamdulillah..^_^

rambut palsu..perlu ke?

bismillahirrahmanirrahim..

ana berhenti sebentar..berehat di slah sebuah bench yg d sediakn d dlm hypermarket d ipoh ni..almaklumlah,puasa..hehe..d hdpn ana ketika ni sebuah kedai accessories wanita..cntik..wrna pink kedai tu..majoriti brg2 dlm tu wrna pink..mmg ana tertarik..tmbh2 ana ni peminat pink..^_^..

tp yg lebih menarik perhatian ana..de 2org wanita sedang membelek-belek rmbut palsu yg trletak elok d atas kepala patung tnpa bdn tu..mngkin d sbbkn kdudukan kami yg tidak jauh,ana dpt mendengar ckit2 perbualan mereka..ish,busybody tol ana ni kn..huhu..rupa2nya mreka hndak mmbeli rmbut plsu tu utk pkai d majlis shabat mereka..subhanalah..mereka mencuba-cuba pakai d hdapan cermin..ana sempat mengerling wajah wanita itu..cntik..tp lg cntik klu memakai tudung rsenyer..^_^

emmm....ana mencari info psal ni..ini yg ana dpt..moga dpt manfaatnya..insyaAllah..


Wanita kini cenderung untuk memakai rambut palsu sebagai satu cara agar kelihatan lebih cantik dan bergaya. Sebenarnya..pemakaian rambut palsu yang asalnya daripada rambut anak Adam adalah haram secara mutlak.

Tetapi jika memakai rambut palsu daripada bahan selain rambut anak Adam seperti bulu biri-biri, bulu unta, perca kain dan sebagainya, hukumnya dibahagikan kepada dua.

~ Pertama : HARAM memakai rambut palsu jika bahan yang digunakan untuk menghasilkan rambut itu terdiri daripada bahan yang haram.

~ Kedua : Terdapat tiga pendapat dalam pemakaian rambut palsu.

1) Halal memakai rambut palsu jika diberi keizinan oleh suaminya.
2) Haram memakai rambut sekalipun diizinkan oleh suami.
3) Pemakaian rambut palsu ini adalah halal secara mutlak walaupun tanpa keizinan daripada suami.

Walau bagaimanapun..ulama telah bersepakat bahawa menyambung rambut dan memakai rambut palsu adalah haram walaupun rambut yang disambung ituadalah rambut mahramnya kerana terdapat unsur penipuan ( tazwir ).

Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah saw katanya yg maksud :

"Ya Rasulullah! Anak gadis saya akan menjadi mempelai. Sayang dia diserang penyakit campak, sehingga rambutnya gugur. Bolehkah saya menyambung rambutnya?" Jawab Rasulullah saw. : "ALLAH mengutuk orang yang menyambung rambut dan yang disambung rambutnya."

( Riwayat Ibn Majah dalam Sunan Ibni Majah pada bab Nikah:Penyambung Rambut dan Orang yang Minta Disambungkan Rambutnya )

Daripada Abdullah bin Umar r.a. katanya yg maksud :

"ALLAH melaknat wanita yang memakaikan dan yang dipakaikan rambut palsu, dan wanita yang membuat tatudan yang ditatu." ( Riwayat al-Tirmizi )

(diambil dari 'Hadiah Buat Muslimah'-Ustzh Siti Nor Bahyah)


emmm klu nk diikutkan,apakah perlu untuk memakai rmbut palsu..jika asbabnya krn rmbutnya gugur,bknkah Islam tlah mensyariatkan umat wanitanya untuk memakai tudung..itula gunanya tudung..bknkah memakai tudung itu lebih baik dari memakai rmbut palsu..Allahuakbar..


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - rambut palsu..perlu ke?

akulah wanita itu..

Wahai kaum adam…
Karena apa kau mencuri hati kaum hawa??
Karena apa kau menyintai kaum hawa..??
Karena apa kau menyayangi kaum hawa…??
Karena apa kau menyunting kaum hawa…??

Wahai kaum adam…
Adakah karena kau ingin lukakan hatinya..??
Adakah karena kau ingin robekkan perasaannya..??
Adakah karena kau ingin siatkan kasih sayangnya…??
Adakah karena kau ingin menyeksa jiwa raganya…??

Wahai kaum adam…
Apa erti cinta pada diri kalian..??
Apa erti sayang pada kalian…??
Apa erti rindu pada kalian…??
Dan…apakah erti kesetiaan pada kalian…???


Wahai kaum adam…
Adakah cinta itu seperti mainan bagimu..??
Adakah sayang itu sekadar pelepas hausmu..??
Adakah rindu itu sekadar angin yang berlalu..??
Adakah setia itu sekadar puisi yang bisa kau padamkan..dan kau coretkan semula…jika kau memerlukannya…??

Wahai kaum adam..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang senang mengalir air matanya..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang jiwanya sangat setia..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang perasaannya amat halus..
Ketahuilah…kaum hawa itu kaum yang bisa memaafkan walau jiwanya hancur..dirobek..disiat oleh kalian...
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang bisa melupakan segala keburukan kalian walau dia terpaksa menyeksa perasaannya…
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang sanggup mengenepikan kepentingan dirinya hanya untuk diserahkan kepada kalian kaum adam…

Wahai kaum adam…
Sayangilah kaum hawa sepenuh jiwa kalian…
Lindungilah kaum hawa setulusnya cinta kalian…

Sesungguhnya…
Cintailah kaum hawa itu seteguhnya karena Allah…karena Dia..pemilik segala Cinta…Dia-lah Pencinta Sejati…



ADAM..
Maafkanlah jika coretan ini memanaskan hatimu..
Sesungguhnya aku adalah HAWA,
...teman mu yang kau pinta semasa di Syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusuk mu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidup ini sentiasa perlukan bimbingan darimu.
Sentiasa aku terpesong dari landasan kerana aku buruan Syaitan



::nur jahadah::



-jika ada antara wanita yang dizalimi..dianiayai oleh lelaki..amalkan lah membaca Surah Al-Waqiah...mintalah..merintihlah..merayulah..mengadulah dgn pengaduan hanya kepada-Nya..InsyaAllah...Allah akan mendgr doa kalian...sungguhnya doa org yg dizalimi itu lbh makbul...maaf andai ana salah-


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - akulah wanita itu..

August 21, 2011

mereka-mereka..

"Subhanallah....adakalanya...aku merasakan yang aku tidak bijak dalam menghargai mereka-mereka yang sayang pada ku...adakalanya aku lupa...mereka-mereka ini sentiasa ada dekat dengan ku...memaut ku..tika ku jatuh...memapah ku..tika ku tergelincir...memberi senyuman pada ku..tika ku sukar untuk tersenyum...Ya ALLAH...izinkanlah aku...untuk belajar sekaligus menghargai mereka-mereka ini...Ya Rabb....izinkanlah aku untuk memberi sedikit kasih sayang ini...pada mereka-mereka yang kusayang....Wahai Yang Maha Pengasih...dengan keizinan-Mu...moga ku bisa...Amiin...."


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::


READ MORE - mereka-mereka..

forgive me and i'll forgive you..


Forgive me for liking you too much,
And I'll forgive you for not liking me .
Forgive me for missing you so much,
And I'll forgive you for being so cold....
Forgive me for the loud racing of my heart,
And I'll forgive you for not hearing it.
Forgive me for playing your games,
And I'll forgive you for toying with my emotions.
Forgive me for finding you so attractive,
And I'll forgive you for not noticing.
Forgive me for raising you up so high,
And I'll forgive you for bringing me down so low.
Forgive me for wanting to be with you,
And I'll forgive you for avoiding me.
Forgive me for not paying attention to anybody other than u,
And I'll forgive you for forgetting me after someone else paid attention to you.
Forgive me for being so pathetic,
And I'll forgive you for taking advantage of it.
Forgive me for not being able to let go,
And I'll forgive you for never having latched on.
Forgive me for being always loyal to you,
And I'll forgive you for forgetting everything about me in just one day.
Forgive me for having hopes and dreams which you promised,
And I'll forgive you for crushing all of them..........



-for him..eveything was over right??-


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - forgive me and i'll forgive you..

August 20, 2011

jangan ada benci..

Andai ada di antara kita nanti...
Berubah hala serta memungkiri janji...
Jangan ada benci...
Suka dan duka dilalui..
Jadikan kenangan disudut hati...

Andainya cita-cita tidak kesampaian...
Ikatan murni terputus dipertengahan...
Jangan dikesalkan..
Jangan lantaran kegagalan..
Kita berdendam saling bermusuhan...
Ungkit mengungkiti...
Sakit menyakiti....
Memusnahkan diri....


Kita harus tabah....
Dan bersedia...
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba...
kadangkala yang berlaku di luar kemahuan kau dan aku..

-Casey-

"Subhanallah....moga apa yang berlaku bisa dijadikan pengajaran dalam meniti arus kehidupan...sungguhnya..andainya berlaku sesuatu antara kita....ana mohon....JANGANLAH ADA BENCI DI ANTARA KITA....maafkan segala salah dan silap ana sepanjang perkongsian ilmu...juga ukhwah...mohon kemaafan...."

maaf andai ana salah....



:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - jangan ada benci..

mencari kebahagiaan dalam ertinya syukur..


bismillahirrahmanirrahim..
bru lepas anta lemang n kuih rya kt kuala..alhmdulillah..tol ckap akh ana,bila kita sibukkn dri dgn ibadah dan kerja,snangnya kita melupakan segalanya..slpas kputusn yg ana ambil smlm..yg ana hrapkan ketenangan dan kefahaman..moga ini semua de hikmahnya..hikmah ramadhan..^_^..
bersyukurlah,Allah masih menyayangimu.....
ALLAHU AKBAR...sering kali kita terasa menderita dengan keadaan yang menimpa. Kita terasa gundah dengan kekurangan yang ada. Terasa terseksa oleh kelebihan dan kejayaan orang-orang di sekeliling kita. Akhirnya..timbullah kedengkian..kebencian..tamak....kerakusan dan perilaku tercela sebagai pelariannya.

Apabila kita melihat apa yang ada dalam diri kita..mensyukuri dan memfokuskannya..tentu kebahagiaan akan selalu menyapa. Kuncinya adalah sikap hati dalam menikmati apa yang terjadi.

Cubalah kita merapati dan peduli dengan orang-orang yang lebih rendah dari kita dalam urusan dunia. Tentu kita akan temui bahawa apa yang ada pada diri kita...masih jauh lebih baik..kerana itu..BERSYUKURLAH...Apabila kita mampu bersyukur dan terus bersyukur ianya dapat mengelola keikhlasan dan kesabaran dan di situlah kebahagiaan demi kebahagiaan kita temui seolah-olah ia tidak pernah habis.

Kita bisa belajar dari orang-orang yang secara duniawi terhina tetapi di sisi ALLAH memiliki tabungan karya yang luar biasa. Atha' bin Abi Rabah seorang hamba hitam..hidung kemek..cacat lumpuh dan rambutnya yang kerinting. Al-Ahnaf bin Qais pula seorang yang paling lirih suaranya..berbadan kurus..punggungnya bongkok..kecil ..kedua-dua betisnya lemah. Al-A'masy..perawi hadis ini termasuk hamba yang diremehkan..penglihatannya lemah..bajunya compang camping..penampilan dan tempat tinggalnya pun kotor. Akan tetapi..mereka bahagia..MENGAPA?? Ini kerana mereka menSYUKURI apa yang ada untuk berkarya BUKAN berkeluh kesah.

Subhanallah...moga kita bisa menemui kebahagiaan dengan membuat ruang yang lebih luas di hati kita...InsyaALLAH...Amiin...wahai teman-teman ku semua...Selamat menemui dan menikmati kebahagiaan sepanjang hari hingga akhir hayat nanti....InsyaALLAH..ALLAHU AKBAR....maaf andai ada yang salah..^_^

wallahuallam..


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - mencari kebahagiaan dalam ertinya syukur..

August 13, 2011

laa tahzan ukhty

bismillahirrahmanirrahim..

Allah berfirman dalam hadist Qudsi:”KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai karenaKu. KecintaanKu berhak diperoleh oleh orang-orang yang saling mengunjungi karenaKu. Kecintaanku berhak diperoleh olah orang yang saling memberi karenaKu. KecintaanKu berhak diperoleh oleh orang yang saling menjalin persaudaraan karenaKu.”

Jangan sampai iman pudar lalu hawa nafsu yang menang. Ketika itu yang terjadi maka cinta Allah yang agung tidak akan pernah bisa diindera, dirasa. Cinta antar manusia pun hanya akan berbuah malapetaka. Keinginan kita menuju surgaNya akan sirna.
“Betapa buruk pemuda yang memiliki budi pekerti
dipaksa mengorbankan adab karena nafsu diri
kehinaan didatangi padahal ia mengetahuinya
kehormatannya terkoyak dan kehinaan dijaga
kesadarannya bangkit tatkala dia jatuh terjerembab
dia menangis tatkala tak mampu lagi bangkit” (Syair Abu Bulaf al-Ajly)

Allah Swt. masih memberikan kesempatan bagi kita untuk mencintaiNya dan kita masih memiliki peluang untuk menerima curahan kasih sayangNya. Lalu mengapa kita tidak berusaha mewujudkan itu pada diri kita? Jangan sampai ada rasa sesal di kemudian hari karena kesempatan yang berharga telah hilang dari diri.
Cinta Allah akan senantiasa mengalir bagi para hambaNya. Siang. Malam. Saat manusia terjaga. Saat manusia terlelap. Ketika manusia ingat. Ketika manusia khilaf. Tiap detik helaan nafas. Tiap hentakan langkah yang kita buat. Tiap waktu cinta Allah hadir selalu. Cinta tanpa titik akhir. Tanpa jeda. Cinta tanpa koma. Kita pun wajib membalasnya dengan upaya sekuat tenaga untuk memgkokohkan iman, memelihara perjuangan, tentunya diiringi doa dan ketulusan.\



wallahuallam..



:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - laa tahzan ukhty

sesaknya rse..


from google
Ya Allah,apakah yang sedang terjadi pada hatiku ini,kenapa rasanya demikian sesak,sempit dan begitu banyak yang bersarang didalamnya,seolah-olah rasanya ingin ku berteriak kepada dunia,berteriak dengan sekeras-kerasnya.”Kembalikanlah Ketenangan Hatiku.Aku tidak tahan seperti ini”.Selalu berada dalam zon yang membuat hatiku menjadi tidak tenang,dan tidak nyaman.Kemanakah Engkau duhai “ketenangan”?.Kepalaku terasa demikian berat bagai dihentam kayu besar yang dahsyat,rasanya tak kuasa aku menahan ini semua..Air mata yang ada pun tak-kan sanggup meleraikan sakit ini.Hati,Jasad dan pikiranku demikian terseksa oleh bebatuan hidup yang rasanya tak sanggup aku memecahkannya.

begitu banyak persoalan yg timbul..dan begitu juga dalil2 yg diberikan oleh sahabat yg begitu prihatin..tima kaseh..

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (QS Al-Ankabut: 2-3)
.
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah: 216)
.
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sekadar kesanggupannya..." (QS Al-Baqarah: 286)
.
RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (QS Al-Imran: 139)
.
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (QS Al-Baqarah: 45)
.
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... " (QS At-Taubah: 111)
.
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dialah yang memiliki Arasy yang agung" (QS At-Taubah: 129)
.
AKU TAK DAPAT TAHAN!!! 
"... Orang yang putus harapan dari rahmat Tuhan itu, hanyalah orang2 yang sesat." (QS Al-Hijr: 56)

Yaa Allah bantulah hamba….
Leraikanlah masalah hidup hamba…
Buatlah hati hamba menjadi tenang dengan caraMu…
Jangan biarkan hamba menghadapi masalah ini seorang diri…
Hamba tak kuasa Yaa Allah..hamba sungguh tak kuasa…
Damaikanlah hati ini Yaa Allah…
Ampunilah dosa dan kesalahan hamba…
Jika bukan karena dosa yang telah hamba perbuat…
Engkau takkan memberikan Azab ini pada hamba…
Betapa ingkarnya hamba padaMu…
Yaa Allah Robb Maha Pembolak-balik hati
Teguhkanlah hati ini dalam ketaatan kepadaMu…
Jangan biarkan hamba menjalani kehidupan ini tanpa petunjukMu..
Duhai Yaa Allah..
Tiada tempat didunia ini yang mampu membuat hamba menjadi tenang
Kecuali dengan ketenangan yang Engkau berikan.
Tak sanggup hamba membayar ketenangan,dengan harta sebesar apapun
Hamba pasrahkan semuanya kepadaMu Yaa Allah
Hamba Mohon Ampun…Hamba Mohon Ampun…

(mencari kekuatan seorang diri diatas tikar sembahyang disudut bilik)


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - sesaknya rse..

August 12, 2011

Law Kana Bainana..

bismillahirrahmanirrahim..


em bg mereka yg bgn sahur n buka tv al hijrah mesti tau citer ni..Law Kana Bainana..kul 530pg..



tentang apa??
Law Kana Bainana ni mksudnya Jika Dia bersama kita..
Dia refer to Kekasih hati kita, Rasulullah SAW..


byk slot dlm citer ni..opps bukan citer,but mcm dokumentari la..
aritu dia de tnjuk tentang sirah Rasulullah..
tentang rumah Nabi SAW..
n byk lg la..


tp yg pling menyentuh hati n leh wat kita menangis,
adalh slot Law Kana Amamuka (Kalau Dia dihadapan kamu)..
slot ni dorg temuramah org ramai..
opps sebelum terlupa,dokumentari ni bkn kt Malaysia tau..
kt negara arab..
slot ni ustaz temuramah org ramai bila mereka meninggalkan sunnah Nabi..
mcm pg td,ustaz ni tegur seorg penjual ni..
dia tny kt penjual kedai tu,Law Kana Rasulullah amamuka,pe yg akn awk lakukan..
penjual tu menangis..
dia ckap,dia akn sembah kaki Nabi..dia akan ikut Nabi solat sbb dia jrg solat
de gak yg ckap,dia nk Rasulullah SAW bwak dia pegi skali dari dunia ni..
dan de gak yg ckap kt ustaz tu,tima kaseh sbb memberitakan (sekiranya Rasulullah SAW berada di hadapanmu) kt dirinya..itu adalah perkara terindah pernah dia dgr..
Subhanallah..


cuba kita amik iktibar dari semua ni..
dan cuba kita tny dlm diri kita, 
sekiranya Rasulullah SAW dihdpn kita sekarang ni
 apa yg akn kita lakukan..
tidakkah kita malu dgn dosa yg kita lakukan..
Astaghfirullah..


sy sarankn utk tgk dokumentari ni..ia mmpu mmbuatkan diri kita merindui Rasulullah SAW..
sy pn tidak sedar yg sy menangis sewaktu menonton rancangan ni..


~emm klu nk tgk,leh tgk dlm youtube..~


wallahuallam..


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - Law Kana Bainana..

August 11, 2011

aduh,mata..liarnya engkau!!


bismillahirrahmanirrahim..

alt
indahnya mata,lg indah klu dijaga

Babak 1
Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. Dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia, kau nak tengok?
Babak 2
Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB).
Sop: Eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Meon: Mana? Mana? Mana?
Sop: Tuuu... tengah jalan ramai-ramai depan Madame Tusod..
Meon: Ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?
Babak 3
Sop dan Meon menyambung kembara cuti musim bunga mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.
Sop: Astaghfirullahal azim, singkatnya skirt Minah Saleh tu... Tak solehah langsung...!
Meon: Eh ye ke? Yang mana satu? Yang skirt oren tu ke?
Sop: Tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Meon: Ha ah la.. betul lah cakap kau...
Ada apa dengan mata?
Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.
Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.
''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik.''
Allah berfirman :
"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." [Surah Al-Mulk :12]
Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gambar-gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya. Kita bila lagi?
Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.
Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.



:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::
READ MORE - aduh,mata..liarnya engkau!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...