August 22, 2011

rambut palsu..perlu ke?

bismillahirrahmanirrahim..

ana berhenti sebentar..berehat di slah sebuah bench yg d sediakn d dlm hypermarket d ipoh ni..almaklumlah,puasa..hehe..d hdpn ana ketika ni sebuah kedai accessories wanita..cntik..wrna pink kedai tu..majoriti brg2 dlm tu wrna pink..mmg ana tertarik..tmbh2 ana ni peminat pink..^_^..

tp yg lebih menarik perhatian ana..de 2org wanita sedang membelek-belek rmbut palsu yg trletak elok d atas kepala patung tnpa bdn tu..mngkin d sbbkn kdudukan kami yg tidak jauh,ana dpt mendengar ckit2 perbualan mereka..ish,busybody tol ana ni kn..huhu..rupa2nya mreka hndak mmbeli rmbut plsu tu utk pkai d majlis shabat mereka..subhanalah..mereka mencuba-cuba pakai d hdapan cermin..ana sempat mengerling wajah wanita itu..cntik..tp lg cntik klu memakai tudung rsenyer..^_^

emmm....ana mencari info psal ni..ini yg ana dpt..moga dpt manfaatnya..insyaAllah..


Wanita kini cenderung untuk memakai rambut palsu sebagai satu cara agar kelihatan lebih cantik dan bergaya. Sebenarnya..pemakaian rambut palsu yang asalnya daripada rambut anak Adam adalah haram secara mutlak.

Tetapi jika memakai rambut palsu daripada bahan selain rambut anak Adam seperti bulu biri-biri, bulu unta, perca kain dan sebagainya, hukumnya dibahagikan kepada dua.

~ Pertama : HARAM memakai rambut palsu jika bahan yang digunakan untuk menghasilkan rambut itu terdiri daripada bahan yang haram.

~ Kedua : Terdapat tiga pendapat dalam pemakaian rambut palsu.

1) Halal memakai rambut palsu jika diberi keizinan oleh suaminya.
2) Haram memakai rambut sekalipun diizinkan oleh suami.
3) Pemakaian rambut palsu ini adalah halal secara mutlak walaupun tanpa keizinan daripada suami.

Walau bagaimanapun..ulama telah bersepakat bahawa menyambung rambut dan memakai rambut palsu adalah haram walaupun rambut yang disambung ituadalah rambut mahramnya kerana terdapat unsur penipuan ( tazwir ).

Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah saw katanya yg maksud :

"Ya Rasulullah! Anak gadis saya akan menjadi mempelai. Sayang dia diserang penyakit campak, sehingga rambutnya gugur. Bolehkah saya menyambung rambutnya?" Jawab Rasulullah saw. : "ALLAH mengutuk orang yang menyambung rambut dan yang disambung rambutnya."

( Riwayat Ibn Majah dalam Sunan Ibni Majah pada bab Nikah:Penyambung Rambut dan Orang yang Minta Disambungkan Rambutnya )

Daripada Abdullah bin Umar r.a. katanya yg maksud :

"ALLAH melaknat wanita yang memakaikan dan yang dipakaikan rambut palsu, dan wanita yang membuat tatudan yang ditatu." ( Riwayat al-Tirmizi )

(diambil dari 'Hadiah Buat Muslimah'-Ustzh Siti Nor Bahyah)


emmm klu nk diikutkan,apakah perlu untuk memakai rmbut palsu..jika asbabnya krn rmbutnya gugur,bknkah Islam tlah mensyariatkan umat wanitanya untuk memakai tudung..itula gunanya tudung..bknkah memakai tudung itu lebih baik dari memakai rmbut palsu..Allahuakbar..


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...