August 10, 2011

belajar untuk menerima

alt
Hidup ini semakin hari semakin banyak pula dugaan. Dugaan semalam belum lagi tamat, datang pula 
dugaan dan cubaan pada hari ini. Namun, sebenarnya tanpa kita sedari dugaan tersebut sebenarnya telah mengajar kita. Mengajar kita erti menerima.
Setiap anak Adam di atas muka bumi ini telah ditentukan Allah ajalnya, rezekinya, jodohnya dan menjadi orang yang sengsara ataupun sebaliknya sejak azali lagi. Sebagai contoh:
Hari ini Aminah makan nasi goreng dan air laici, malamnya pula Aminah makan mee goreng dan air masak. Jadi, di sinilah ketentuan Allah bahawa rezeki Aminah dari segi makanan, minuman dan sebgainya telah ditetapkan baginya.
Begitu juga rezeki dari segi Belajar. Sebagai contoh: Aminah merupakan pelajar SK. Fakeh Abdul Samad, setelah itu dia melanjutkan pelajaran ke SMK. Seri Mahkota. Kemudian tamat sahaja SPM, dia melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan kemudian menyambung pelajaran ke Universiti Malaysia Terengganu. Ini semua merupakan ketetapan Allah kepada setiap hamba-Nya. Suatu ketentuan yang telah ditetapkan sejak azali lagi.
Ketika Aminah di sekolah, matriks dan universiti banyak pula cabaran dan dugaan yang diberikan Allah sesuai dengan kesanggupannya. Segala dugaan dan cabaran yang ditempuhi haruslah diiringi dengan kesabaran dan kecekalan. Bagaimana untuk menerbitkan rasa sabar?
Rasa sabar insya-Allah dapat dilahirkan apabila seseorang itu belajar untuk menerima. Belajar untuk menerima segala ketentuan Allah. Apabila seseorang itu menerima segala dugaan Allah dengan sabar. Maka ganjaran yang besar akan diperolehi di dunia bahkan ganjaran yang sangat besar di Akhirat.
Usahlah khuatir, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Segala kesusahan yang kita hadapi moga dapat memberi suatu hasil yang lumayan di dunia dan di Akhirat kelak.
"Bersama kesusahan ada kesenangan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan."[al-Insyirah, ayat 5 dan 6]


artikel iluvislam.com

:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...