July 26, 2011

::'jarak' ada hikmahnya::

bismillahirrahmanirrahim..

Semua insan pasti merasa perasaan untuk memiliki dan dimiliki..kerana kita dkurniakan hati untuk diberi kepada seseorang yang selayaknya atau sehalalnya untuk kita dalam dunia ini.. ana tidak percaya jika ada seseorg yg mengatakan dia bleh hidup sendiri, leh hidup tanpa rasa, tanpa cinta..mulut mungkin bleh menipu,tp hati tidak mampu menipu..kita tak bleh lari dari cinta..klu kamu tak percaya cinta,bagaimana kamu mahu mencintai ALLAH, Nabi, family..kita d dunia ni memerlukan seseorang..perasaan tu sudah fitrah dalam kehidupan insane..Cuma yang berbeza bagaimana rasa tu hadir dan bagaimana kita mengawal rasa tu supaya tidak melebihi rasa cinta pada Maha Pencipta Yang Maha Esa..

Disini, ana nk kongsi satu cerita..ana ambil dari kwn ana..ana tak pasti dari mana dia dapat,tp ceritanya bagus dan ana rase ada berhubungkait,sbb ia berkaitan dengan ‘jarak’..and apa yang ‘aku’ dalam citer ni rase, and apa yang ‘aku’ ni ungkapkan,nape sama seperti yang ana fikirkan..
cinta jarak jauh ni memerlukan pengorbanan yang besar..bukan mudah seperti d sangka..kejujuran dan kepercayaan di letakkan d tempat yang tinggi selepas keyakinan jodoh kepada Yang Maha Esa.
Mungkin terlintas di hati,knapa perlu memilih yang jarak jauh sdgkan yg dekat sudah ada..terasa penat..tapi ana yakin segalanya ada hikmah..n pasti ‘jarak’ ini ada hikmahnya..
Bila benda yang baik, hikmahnya mesti baik,insyaALLAH..
Anggap ini satu ujian dari Allah untuk menguji hati hamba-hambaNya..


‘Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku’

Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata. Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.


Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini. Oleh itu, aku mengerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah ‘JARAK’ ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

Kini aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku. Tetapi ‘JARAK’ ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra’d 13:28 )


Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia :)



Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah,
CINTA ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya
Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA
Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur
CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan

recite by Anna Althafunnisa ‘Ketika Cinta Bertasbih 2’


p/s : kepada pemilik story,maaf sbb xletak link sbb xtau empunya crita..emm klu terbaca,give hint to me and i'll make sure to put link on this..thanks..


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...