September 03, 2011

kuncinya adalah S+A+B+A+R..

bismillahirrahmanirrahim..



pernah x kalian rse sedih,kecewa,gelisah,takut???

sebenarnya jika kamu merasa sesuatu yang meresahkan jiwa kita, yang menganggu jiwa kita usahlah kita khuatir kerana semua itu datangnya daripada Allah juga..mungkin Allah ingin menguji kita..tp Allah Maha Adil,DIA xkan beri ujian yang melebihi kemampuan hambaNYA..ianya pasti sesuai dengan tahap kedudukan serta kemampuan kita sekarang ini..

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”– Surah AlBaqarah : Ayat 286

kita kena fahami dan percaya bahawa apabila Allah menyintai seseorang hamba nescaya Allah akan mengujinya dengan penderitaan, kesusahan, kesakitan dalam berbagai macam bentuk lagi..DIA mahu uji hati hambaNYA,sejauh mane kecintaan hamba itu pdNYA..dan sebagai hamba kita kena fahami bahawa ini juga satu rahmat serta mempunyai hikmah yang tersembunyi di sebalik kejadian itu..

tidakkah kita suka apabila dalam keadaan demikian, resah, rse down, tiba2 de someone mmberi perhatian pd kita..mesti seronok kan..rse ringan ckit..apatah lg bila Allah memberi perhatianNya pada kita, DIA Yang Maha Agung dan Maha Berkuasa atas sesuatu..dan apabila keadaan itu berlaku, bknkah lebih mudah bagi kita untuk mengingatiNya berbanding dimasa-masa senang..

“Adakah manusia mengira, bahawa merek akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

lihatlah mereka yang dijanjikan dengan syurga seperti nabi-nabi dan rasul-rasul, semua mereka diuji oleh Allah..Apatah lg kita yang hanya umat biasa..

jadi kesimpulannya adalah SABAR..



:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...