September 21, 2011

masa dan kembara

bismillahirahmanirrahim..


kembara ilmu dan kembara iman..itu tujuan ana skang ni..ana tau perjalanan ana masih jauh dan penuh berliku..masih banyak ilmu yang ana tidak ketahui..masih nipis iman di dada..tp ana akan cuba yg sebaik mngkin,termampu ana untuk menambah segala ilmu dan iman yang ada..dengan pelbagai godaan,ujian dan dugaan dunia yang sentiasa makin menghimpit..kadang2,hampir giveup dan tersungkur..syukran kpd sahabat yang memberi nsihat dan sntiasa mmbri support..sentiasa lah bersama2 dgn ana..kita berpimpin tangan untuk hadapi duniawi ni agar tidak tersasar..insyaALLAH..semoga ALLAH membersihkan hati kami dari kekotoran..amiin..






Kata orang
Masa akan mengajar kita erti dewasa
Pengalaman adalah guru paling berharga
Masa dan pengalaman akan memberitahu kita pelbagai cerita
Cerita itu, samada manis atau pun pahit
semuanya akan tetap menjadi 'vitamin' bagi kita yang ingin mengambil pengajaran

Kata saya
Biarlah apa yang telah berlaku ini menjadikan saya semakin matang
Impian bahagia tak semudah itu untuk datang
Umpama mengejar rama-rama yang terbang
semakin hampir, semakin jauh ia menghilang

Namun saya tetap yakin dengan Tuhan
Bagi mereka yang bertawakkal ada jalan yang terbentang
Asalkan saya terus komited dengan amalan yang ahsan

Sendiri begini lebih baik
walaupun dalam hati ada rasa terkilan
tapi hati saya tenang

andai ada dalam perencanaan Tuhan
Jodoh itu pasti akan datang
cuma belum tahu dengan siapa gerangan
Mudah-mudahan hadir insan soleh
pemimpin urusan dunia dan akhirat
buat menemani jalan kehidupan

Ya Allah
teguhkan hatiku
Berikan aku segala kekuatan
Mengisi ruang hati yang kembali kosong dari kasih manusia
dengan cinta kepadaMU Tuhan

Kisah yang panjang tentang sebuah 'persahabatan'
Silih berganti impian dan harapan
telah berakhir
kini...
tiada lagi cerita...



p/s:kepada mereka yang ana terpaksa tolak niat suci di hati,tolak hajat yang dibawa..maafkan ana..bkn ana tidak mahu mmbuat keputusan dan pilihan..tp ana baru sedari yang ana tidak bersedia untuk melangkah ke alam itu..bkn itu tujuan ana buat masa ni..maafkan ana..klu ana x msj,bkn ana bnci..tp ana tidak mahu mencambahkan lg harapan yang ada..ana pernah merasa disakiti..ana tidak mahu anda disakiti..insyaALLAH, klu sudah ditetapkan,kita akan bertemu kelak di dlm hubungan yg lg pasti..^_^


wallahuallam..


:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...