September 08, 2011

nk lupakan??de idea??

berkenalan mmg mudah..say 'hi',then brkenalan pahtu kdg2 berkenalan tu menjadi yg istimewa..mudahnya kn !!!..tp yg susahnya bila kita nk melupakan seseorg tu..bagaimana??bila mintak nasihat org,mereka akan ckap:
"lupakan"
"cari je yg lain"
"anggap je xde jodoh"
"lpaskan dia pergi"


tp adakah mata yg memandang sama berat bahu yg memikul..tidak kn???so bagaimana?


ana terbaca artikel dari Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj..
YANG PALING SEKSA IALAH CUBA MELUPAKAN SESEORANG SEDANGKAN ORANG ITU TIDAK BOLEH DILUPAKAN. DIA SENTIASA DITEMUI; DI TENGAH JALAN, DI DALAM BAS, KETIKA SAMA-SAMA MENUNGGU ANAK DI SEKOLAH, DI PASAR RAYA, DI PASAR MALAM, DI PEJABAT, DI DEWAN KULIAH MALAH DI MANA-MANA SAJA. LEBIH SEKSA KALAU ADA KENANGAN-KENANGAN TERTENTU BERSAMANYA. SETIAP KALI CUBA MELUPAKANNYA, SEMAKIN RINDU PULA JADINYA.

Begitulah hakikat hidup. Berkenalan itu jauh lebih mudah daripada cuba berpisah. Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran, iltizam, kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semuanya itu. Anda perlu berani untuk melupakannya sedangkan anda memang tidak mampu melupakannya.

Bagaimana lagi harus bersabar sedangkan anda tidak mampu mengelak. Hendak iltizam apa lagi kalau kesungguhan untuk melupakannya juga tidak kesampaian. Begitulah seksa dan deritanya detik-detik untuk berpisah. Sebab itulah usah mudah-mudah membina hubungan istimewa sebab perpisahan kalau terjadi pada saat begini sangat menyeksakan.

Jika anda tidak mampu melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH.

“Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.” Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengkayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.

Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit-garit dengan garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru.

Bagaimana? Berikut adalah beberapa tip melupakan seseorang. Ia telah membantu ramai orang yang tidak upaya memadamkan bayang-bayang seseorang dalam hati dan memori.

- Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.
- Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.
- Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.
- Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.
- Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.
- Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.
- Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.
- Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.
- Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.
- Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.



emm..segala yg di nyatakan dalam artikel ni mmg benar..dan insyaAllah berkesan..tp mampukah kita??


bagaimana??????



:::Bidadari Dunia Mencari Cinta SejatiNYA:::

4 comments:

Anis Mohd said...

Never assume that someone likes you by their sweetness. Because sometimes, you're just an option when they're bored

nurul nafishah said...

kdg2 terfikir gak..tp sje xnk amik ksah..mnusia kn anis..sume msti de kpntingan..^_^

Anonymous said...

salam..
ala,apa yang susahnya..
lupakan jer lar..
perancangan Allah itu yg terbaik..
ataupun skang ni kan musim orang simbah asid,anti pergi jer simbah asid kat orang tu..
abis citer?
hu2..
:-)

nurul nafishah said...

wahai orang yang tidak bernama,amboi bagus sgt idea tu..hehe..ana masih ada akal waras kot nk simbah2 asid kt org..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...