June 08, 2011

Bulan Rejab..

Alhmdulillah,brsyukur ana ke hadrat Ilahi krn ana d pnjgkn umo shngga dpt brtemu kembali dgn bulan rejab ni..arini 8/6/2011 bersamaan dengan 6 Rejab 1432..ada hadis pernah menyebut "Rejab bulan ALLAH, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku.."..hadis ini disokong oleh ulama' muktabar..Subhanallah..bulan Rejab adalah bulan ALLAH..beruntunglah antum semua dan ana krn dpt brtmu dgn bulan ALLAH ni..


Sesungguhnya Nabi S.A.W brsabda mafhumnya, “Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.".. itu bru sehari sudah mndpt keredhaan yg besar drpd ALLAH,cuba antum byangkan klu antum dpt berpuasa selama 2ari atau 3 ari ataupn lebih dri tu..


Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.


Maha Suci ALLAH,begitu byk syafaat, phala dan gnjaran dri ALLAH akn kte peroleh..ALLAH itu Maha Pemurah,jika hmbaNya mlakukan ssuatu dgn ikhlas krnNYA,DIA akan limpahkan kurniaanNYA kpd hambaNYA itu..Ya ALLAH,ana rndukan driMU..jgn biarkan ana sunyi dengan kurniaanMU..




Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Subahanallah,begitu tinggi darjatnya bg mereka yg memuliakan bulan Allah ni..tidakkah antum mahu ganjaran seperti ini drpd ALLAH..terdapat byk lg klebihan2 bulan Rejab ni,hny ini yg ana mmpu kongsi bersama..akhir kalam,marilah shabat2 ana sekalian,kita sma2 mngejar dan mencari nurNYA di bln Rejab ni.."kum",<bgunlah>..^_~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...