June 11, 2011

juzuk2 dalam Al-Qur'an

Untuk pengetahuan anda, di dalam al-Quran Rasm Uthmani. Setiap satu juzu’ mengandungi 20 muka surat. Manakala, setiap satu muka surat mengandungi 15 baris ayat.

Juz dan manzil

Atas inisiatif para ulama maka kemudian al-Qur'an dibahagi-bahagi menjadi 30 juz. Dalam skema pembagian juz, Al-Qur'an juga terbahagi menjadi 30 bahagian dengan panjang sama yang dikenal dengan nama juz. Pembahagian ini untuk memudahkan mereka yang ingin menghabiskan bacaan Al-Qur'an dalam 30 hari (satu bulan). Pembahagian lain yakni manzil membahagi Al-Qur'an menjadi 7 bahagian dengan tujuan penyelesaian bacaan dalam 7 hari (satu minggu). Kedua jenis pembagian ini tidak memiliki hubungan dengan pembagian subjek bahasan tertentu.


KAEDAH RINGKAS MENGENAL PASTI MUKA SURAT SETIAP AWAL JUZUK
Formulanya amat mudah :

(x – 1) 2 +2

Sekali pandang macam rumuz algebra pulak jadinya. Saya sengaja berbuat demikian agar mudah untuk anda mengingatinya. x yang dimaksudkan itu adalah juzu’ yang hendak anda cari muka suratnya.
Jadi, juzu’ yang hendak dicari ditolak dengan angka 1. Kemudian jumlah yang telah anda dapati tersebut di darab pula dengan 2. Hasil jawapan tersebut hendaklah ditambah dengan angka 2 dihujungnya.
Lihat contoh ini :

Katakan juzu’ yang anda ingin ketahui muka suratnya adalah juzu’ 6. Maka, pengiraannya adalah seperti berikut :
6 – 1 = 5
5 x 2 = 10
10 ditambah angka 2 dihujungnya  = 102

Walaubagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai diguna pakai pada al-Quran Rasm Uthmani  sahaja, tidak kira sama ada mushaf fizikal atau digital. Manakala al-Quran yang menggunakan Rasm Imla’i  atau lebih dikenali dengan istilah al-Quran Majeed  adalah berlainan.



Rujukan:



edited by: sahabati,ahmedisyazim ibn aziz

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...