June 12, 2011

wang kertas RM100..

bismillahirahmanirrahim..
 cerita tentang wang kertas RM100 ni ana pernah selitkan dalam blog ana satu lg..d cni ana nk share plak dgn sahabat2 ana d blog ni..
cerita ni ana peroleh sewaktu pergi dalam satu program motivasi..





Di dalam sebuah dewan, seorang penceramah lelaki berdiri di hadapan 150org peserta yg hadir di programnya tu sedang memegang sekeping wang kertas rm100.. 
Dia bertanya kepada semua org yg berada di dalam dewan, "Siapa yang mahu duit ini?"..
Kelihatan ramai peserta yg boleh dikira sebagai majoriti mengangkat tangan..
"Saya akan serahkan wang ini kepada salah seorang pd kamu,tp sblm tu izinkn sy buat ini dlu..". Penceramah itu mengenggam2 wang kertas rm100 itu..
Lalu dia bertanya, "Siapa yg masih mahu duit itu?"
Jumlah tangan yang mengangkat masih tidak berkurang.
"Baiklah..apa akan jadi kalau sy melakukan ini." 
Penceramah itu meletakkan wang itu ke atas lntai dan melenyek2kan dengan kasut..meski masih utuh,tp wang kertas rm100 itu sudah lunyai,kotor dan lusuh..
"Ok..sekarang masih ada yg berminat??"
Tangan-tangan yg mengangkat masih sama..

sahabat2 ana semua yg tersayang, 
antum prasan x??apapun yang terjadi dengan wang itu, antum masih berminat kerana apa yang penceramah itu lakukan tidak akan mengurangi nilainya.
Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang itu tetap bernilai RM100 juga..
Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.
Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, kita tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai kita, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.
Jadi walau bagaimana kotor pun kita, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri.
Sayangilah diri kita, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.
Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.
wallahuallam..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...